KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022

Artikel oleh Priscilla Prapagara

Pengerusi KAPELLA 2022/2023

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster

Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menganjurkan satu aktiviti 10 Pin ‘KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022’ pada 16 Disember 2022 bertempat di Bowling Centre Le-Grandeur Johor Bahru.  Staf yang terlibat mula berkumpul di Bowling Centre seawal jam 8.30 pagi.  Ahli KAPELLA yang terlibat mula membahagikan nama mengikut kumpulan dan menyusun hadiah. Aktiviti bermain bermula pada jam 9.00 pagi.

 

 

Seramai 18 orang staf dan 6 orang ahli keluarga telah terlibat dalam aktiviti ini.  Suasana riuh rendah dengan sorakan kumpulan masing-masing memberi motivasi kepada ahli kumpulan. Peserta yang hadir dibekalkan air mineral dan  satu tin biskut. Pertandingan bowling ini merupakan aktiviti Kelab KAPELLA setelah enam tahun tidak dijalankan. Pada jam 10.30 pagi ahli Kelab mula mengira markah kumpulan terbaik dan markah pemenang perseorangan kategori wanita dan lelaki.

 

 

Kumpulan dengan markah tertinggi dimenangi oleh Unit Pentadbiran. Kumpulan ini mendapat piala pusingan dan hamper bernilai seratus ringgit (RM100). Johan bagi kategori Wanita dimenangi oleh pengarah UTM CDex, Prof. Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah dan bagi kategori lelaki dimenangi oleh En. Halimi Ismail. Mereka membawa pulang piala dan hamper. Bagi pemenang naib johan kategori wanita dan lelaki di menangi oleh Cik Priscilla Prapagara dan En. Mohamad Nizam Ahmad manakala bagi pemengang ketiga kategori wanita dan lelaki  dimenangi oleh Pn. Jaslina Ja’apar dan En. Raja Muhammad Fariz bin Raja Rohaizat Shah. Kelab KAPELLA juga menyediakan hamper bagi pemenang ‘Masuk Longkang’ wanita dan lelaki masing-masing dimenangi oleh Cik Hasanah dan En. Muhamad Isyq Irfan.  Aktiviti ini berakhir pada jam 11.30 pagi. 

 

Related Articles

Related
Office Warming UTM CDex

Office Warming UTM CDex

Jawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 28 Disember 2023 telah dianjurkan sebuah program istimewa iaitu Office Warming UTM CDex. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan merapatkan hubungan dalam kalangan ahli...

read more
KURSUS 1 JAM 1 POSTER

KURSUS 1 JAM 1 POSTER

Jawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menganjurkan Kursus 1 Jam 1 Poster dibawah Inisiatif staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) bagi tahun 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang telah dirancang di...

read more