Select Page

1 Staf 1 Pokok : 25 MAC 2021

Artikel oleh Nizam Ahmad

JK Pelestarian UTMLead 2021

Gambar oleh Isyq Irfan

Fotografer Rasmi

Diterbitkan oleh Raja Fareez

Urusetia, Webmaster

Dalam usaha mengindahkan persekitaran dan ruangan kerja, serta dengan mengambil semangat pelaksanaan Program Pelestarian Pejabat, Kelab Green Office UTMLead yang diketuai oleh Puan Hanin Ahmad telah melaksanakan program ’1 Staf 1 Pokok’ yang telah disertai oleh semua staf UTMLead.

Bagi merealisasikan program ini, JK Pelestarian UTMLead dan Kelab Green Office UTMLead telah mengadakan kerjasama dengan Bahagian Landskap dan Pembersihan, Pejabat Harta Bina, Universiti Teknologi Malaysia bagi mendapatkan bimbingan dan nasihat dalam usaha mewujudkan inisiatif tanaman di dalam pejabat.

Beberapa siri perjumpaan dan gotong royong telah dijalankan bagi melancarkan aktiviti ini. Program ‘1 Staf 1 Pokok’ telah dirasmikan pada 25 Mac 2021 dengan slogan Persekitaran Kondusif, Perkhidmatan Produktif.

Related Articles

Related

OVER 1500 LIKES – THANK YOU!

We have reached 1500 likes through our facebook page. We just wanted to say a big thank you to everyone who follows and likes us. We really appreciate all the support you give. Thank you !!

Staf UTMLead dalam ” Treasure Hunt Merdeka 2017″

Staf UTMLead dalam ” Treasure Hunt Merdeka 2017″

Pada 28 Ogos 2017 (ISNIN) yang lalu, Biro Sukan Kelab Keluarga UTMLead (Kapella) telah mengadakan aktiviti riadah sehat iaitu "TREASURE HUNT MERDEKA 2017" sempena kemerdekaan yang bakal tiba. Aktiviti bermula pada jam 2.30 petang dimana semua peserta...