1 Staf 1 Pokok : 25 MAC 2021

Artikel oleh Nizam Ahmad
JK Pelestarian UTMLead 2021

Gambar oleh Isyq Irfan
Fotografer Rasmi

Diterbitkan oleh Raja Fareez
Urusetia, Webmaster
Dalam usaha mengindahkan persekitaran dan ruangan kerja, serta dengan mengambil semangat pelaksanaan Program Pelestarian Pejabat, Kelab Green Office UTMLead yang diketuai oleh Puan Hanin Ahmad telah melaksanakan program ’1 Staf 1 Pokok’ yang telah disertai oleh semua staf UTMLead.
Bagi merealisasikan program ini, JK Pelestarian UTMLead dan Kelab Green Office UTMLead telah mengadakan kerjasama dengan Bahagian Landskap dan Pembersihan, Pejabat Harta Bina, Universiti Teknologi Malaysia bagi mendapatkan bimbingan dan nasihat dalam usaha mewujudkan inisiatif tanaman di dalam pejabat.

Beberapa siri perjumpaan dan gotong royong telah dijalankan bagi melancarkan aktiviti ini. Program ‘1 Staf 1 Pokok’ telah dirasmikan pada 25 Mac 2021 dengan slogan Persekitaran Kondusif, Perkhidmatan Produktif.
Related Articles
Related
Bengkel Pelan Penggantian Staf Akademik UTM
Tarikh : 17 Januari 2016 Tempat : Dewan Jamuan, Bangunan Canseleri UTM Bengkel Pelan Penggantian Staf Akademik UTM telah diadakan pada 17 Januari 2016 bertempat di Dewan Jamuan, Bangunan Canseleri UTM. Bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan pelan tindakan yang...