GARIS PANDUAN DAN KRITERIA PENCALONAN DAN PANDUAN ANUGERAH TOKOH AKADEMIK 2021
Maklumat Berkaitan: |
1.0 NAMA ANUGERAH
Anugerah Tokoh Akademik
2.0 LATAR BELAKANG ANUGERAH
Anugerah Tokoh Akademik merupakan anugerah tertinggi universiti kepada pensyarah. Ia diwujudkan oleh UTM bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pensyarah yang telah menunjukkan kecemerlangan serta memberi sumbangan besar terhadap pembangunan dan peningkatan pendidikan di universiti ini. Anugerah ini dahulunya dikenali dengan nama Anugerah Tokoh Pendidik, tetapi mulai tahun 2010 ia diberi penjenamaan semula dengan nama Anugerah Tokoh Akademik. Penjenamaan semula ini adalah sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang telah memperkenalkan Anugerah Tokoh Akademik Negara.
3.0 KATEGORI ANUGERAH
Anugerah Tokoh Akademik merupakan anugerah tahunan berprestij tinggi dan diberikan kepada pensyarah berdasarkan kecemerlangan dan pengiktirafan yang telah diperolehi.
- Staf Akademik
4.0 KRITERIA / SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Dicalonkan oleh Jawatankuasa Pemilih Anugerah Tokoh Akademik UTM ; atau
- Dicalonkan oleh Sekolah / Fakulti / PTJ ; atau
- Pencalonan diri sendiri melalui sokongan Sekolah / Fakulti / PTJ
Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah :
- Menerajui secara holistik bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan pentadbiran akademik.
- Berkhidmat sebagai pensyarah di universiti selama sekurang-kurangnya 15 tahun dalam kerjaya akademik.
- Menerima anugerah atau pengiktirafan ketokohan daripada universiti, badan profesional dan ilmiah yang berprestij pada peringkat universiti, kebangsaan atau antarabangsa.
- Mendapat anugerah atau pengiktirafan bagi sumbangannya selama 10 tahun kebelakangan dan tahun yang dinilai.
- Membawa impak secara langsung atau tidak langsung kepada universiti & masyarakat melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan.
- Menunjukkan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang akademik yang diterajui.
Jenis Anugerah/Pengiktirafan Yang Dipertimbangkan Untuk Permohonan Anugerah
- Anugerah/pengiktirafan akademik yang diiktiraf di peringkat universiti, kebangsaan atau antarabangsa.
- Penerimaan anugerah mestilah mengambil kira sumbangan dan impak calon dalam bidang akademik seperti yang tertera pada asas anugerah.
- Dalam kes zamalah, ia mestilah diperolehi berasaskan undangan, bukan permohonan.
Syarat Dan Peraturan Umum
- Pemohon ATA terbuka kepada semua pensyarah UTM.
- Pemohon hendaklah merupakan pensyarah yang berkhidmat sepenuh masa sepanjang tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai di UTM.
- Pemohon telah berkhidmat di UTM sekurang-kurangnya selama lima (5) tahun secara berterusan.
- Permohonan hendaklah menggunakan borang rasmi dan disertakan dengan maklumat bukti yang sah dan lengkap.
- Anugerah tidak akan diberi sekiranya tiada calon yang layak pada tahun yang dinilai
5.0 ASAS ANUGERAH
Dalam penilaian untuk penganugerahan, sumbangan kumulatif calon berdasarkan kecemerlangan serta anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang dan selepas kerjaya akademik akan diambil kira. Huraian ringkas mengenai kriteria pemilihan adalah seperti berikut:-
- KAEDAH PENILAIAN :
- Ciri Peribadi dan Kepakaran (50%)
- Kelayakan akademik
- Kelayakan/persijilan dalam pengajaran
- Keahlian dalam badan professional
- Keahlian dalam persatuan/pertubuhan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa
- Jemputan/undangan (bukan permohonan) untuk menganggotai mana-mana badan/ pertubuhan/persatuan kecemerlangan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
- Anugerah dan Pengiktirafan yang telah diperolehi (100%)
Anugerah dan Pengiktirafan merangkumi kesemua kategori berikut:- Penemuan Ilmu
- Pengajaran dan Pembelajaran
- Penjanaan Nilai Untuk Negara
- Pencapaian yang Memenuhi Apirasi Negara dan Global
- Pencapaian yang Meningkatkan Kualiti Kehidupan Manusia Sejagat
- Pengiktirafan peringkat antarabangsa, maksimum 40% setiap satu
- Pengiktirafan peringkat kebangsaan, maksimum 30% setiap satu.
- Pengiktirafan peringkat universiti, maksimum 20% setiap satu.
- Sumbangan dan Impak Sepanjang dan Selepas Kerjaya Akademik (100%)Kecemerlangan dan sumbangan secara berterusan dalam kerjaya akademik dinilai berasaskan komponen berikut:-
- Perlaksanaan Fungsi Pengajaran dan Pembelajaran (35%)
- Pengajaran Pensyarah menunjangi tradisi ilmu: memahami, menghayati, mengamal dan menyebar untuk kesejahteraan manusia sejagat. Dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran calon hendaklah membuktikan yang beliau telah:
- Menunjukkan kemahiran profesional yang tinggi, penuh dedikasi dan iltizam serta tanggungjawab menggunakan teknologi terkini bagi memastikan pengajaran-pembelajaran, dan bimbingan mampu melahirkan pelajar yang berilmu dan berkemahiran selari dengan kriteria kualiti akademik yang ditetapkan,
- Menghayati nilai-nilai murni yang mencerminkan peribadi mulia sebagai pendidik agar menjadi teladan dan inspirasi kepada pelajar dalam pembentukan sikap, akhlak, pemikiran serta prinsip hidup mereka.
- Menunjukkan daya usaha yang tinggi berasaskan rasa ingin tahu yang tinggi, intelek, kebijaksanaan serta objektiviti bagi memastikan martabat ilmu dapat dipertahankan
- Mematuhi masa dan menggunakannya secara cekap dan berkesan dalam proses pengajaran-pembelajaran berkualiti.
- Berusaha secara berterusan untuk pembangunan diri dan kerjaya.
- Pembangunan pelajar
Di samping menyumbang ke arah pencapaian cemerlang akademik pelajar, staf akademik juga berperanan untuk membangunkan sahsiah dan penampilan diri mereka. Pembangunan pelajar hendaklah menyeluruh dan bersepadu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan pelajar cemerlang. Staf akademik berkewajipan menjadi penasihat dan pembimbing untuk membangunkan pelajar supaya mempunyai ciri-ciri kepimpinan, pemikiran yang positif, minda yang sihat dan sahsiah yang mulia. Bagi menyempurnakan tujuan ini, calon hendaklah membuktikan yang beliau telah:- Memberi khidmat nasihat, bimbingan, dan tunjuk ajar dengan amanah dan ikhlas bagi membantu ke arah pembangunan pelajar secara menyeluruh,
- Sentiasa peka terhadap permasalahan di kalangan pelajar dan berusaha membantu mencari penyelesaian serta sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat dan negara,
- Berakhlak mulia dan terpuji untuk dicontohi oleh pelajar.
- Pengajaran Pensyarah menunjangi tradisi ilmu: memahami, menghayati, mengamal dan menyebar untuk kesejahteraan manusia sejagat. Dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran calon hendaklah membuktikan yang beliau telah:
- Perlaksanaan fungsi Penyelidikan dan Inovasi (35%)
Penyelidikan sebagai kegiatan penemuan maklumat dan penghasilan reka cipta yang memberi jawapan kepada persoalan, masalah dan hipotesis merupakan fungsi ilmiah staf akademik yang menyumbang kepada peningkatan ilmu pengetahuan. Dalam melaksanakan fungsi ini calon hendaklah membuktikan yang beliau telah :-
- Menjalankan kegiatan penyelidikan berterusan sepanjang kerjaya akademiknya dengan mengutamakan bidang pengkhususan dan kepakarannya,
- Menghayati etika kesarjanaan dan kejujuran akademik dengan mematuhi prosedur penyelidikan dalam pengumpulan data, penulisan laporan, dapatan kajian, dan penafsiran ilmiah,
- Amanah dan bertanggungjawab dalam penggunaan sumber penyelidikan.
- Perlaksanaan Fungsi Perkhidmatan (20%)
- Khidmat Masyarakat
Bagi melaksanakan tanggungjawab sosial dan profesional, staf akademik digalakkan memberi sumbangan perkhidmatan dalam bidang kepakaran masingmasing untuk kemajuan universiti, masyarakat, dan negara. Bagi menyempurnakan tujuan ini calon hendaklah membuktikan yang beliau telah:
- Memastikan perkhidmatan yang diberi sebagai sumbangan berasaskan niat yang ikhlas yang dapat menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan berupaya menyelesaikan masalah sosial,
- Melaksanakan perkhidmatan sukarela ini dengan penuh kesungguhan.
- Khidmat Masyarakat
- Perlaksanaan Fungsi Pengurusan dan Pentadbiran (10%)
Semua staf akademik mempunyai fungsi pengurusan bagi melengkap dan memantapkan perlaksanaan tugas dan tanggungjawabnya. Oleh itu calon hendaklah membuktikan yang beliau telah:-
- Memahami dan menghayati dasar pengurusan yang digunapakai,
- Melaksanakan pengurusan aktiviti yang menyokong misi dan visi universiti,
- Merancang aktiviti dengan berpandukan prinsip pengurusan berkesan,
- Melaksanakan tanggungjawab mengikut strategi yang bersepadu untuk mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan,
- Membudayakan kualiti dalam menggerak dan merangsang rakan sejawat dan pelajar bagi meningkatkan prestasi dan produktiviti,
- Sentiasa proaktif dan responsif terhadap perubahan persekitaran dan budaya organisasi yang dinamik.
- Perlaksanaan Fungsi Pengajaran dan Pembelajaran (35%)
- Ciri Peribadi dan Kepakaran (50%)
- KAEDAH PEMARKAHAN
6.0. JADUAL PELAKSANAAN
Jadual kerja pelaksanaan penilaian anugerah adalah seperti berikut:
7.0 KOS HADIAH
Nilai anugerah berupa wang tunai RM5,000.00, plak, dan sijil.
8.0 SENARAI JAWATANKUASA ANUGERAH
Panel Penilai Anugerah Penasihat Akademik Tahun 2020 adalah terdiri daripada: