Select Page

Anugerah Pengajaran

KRITERIA PENCALONAN DAN PANDUAN ANUGERAH PENGAJARAN 2021

Maklumat Berkaitan:

1. PENGENALAN

    1. Anugerah Pengajaran (dahulunya dikenali Anugerah Pengajar Terbaik) bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf staf akademik yang telah mencapai kecemerlangan dalam pengajaran di UTM. Anugerah ini diberikan kepada tiga orang staf akademik yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran pada setiap tahun.
    2. Kategori yang dipertandingkan ialah :
      1. Kategori Kejuruteraan
      2. Kategori Sains dan Teknologi
      3. Kategori Sains Sosial

 

2. TUJUAN ANUGERAH

    1. Menggalakkan dan memupuk inovasi dalam pengajaran di UTM.
    2. Meningkatkan suasana pembelajaran bagi pelajar melalui pembangunan amalan pengajaran berkualiti.
    3. Meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan melalui aktiviti berkumpulan, pembelajaran aktif dan hubungan pelajar-pensyarah yang positif.

 

3. HADIAH

    1. Penerima anugerah setiap kategori akan menerima wang tunai berjumlah  RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ribu Sahaja) berserta trofi dan sijil.

 

4. KELAYAKAN CALON

    1. Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah dan Guru yang berkhidmat secara tetap di UTM dan mencapai min (purata) skor Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP) melebihi 4.0 ke atas untuk TIGA (3) semester terakhir adalah layak dicalonkan.
    2. Pengalaman mengajar hendaklah tidak kurang daripada 8 tahun (Tahun Cuti Belajar dan Cuti Sabatikal tidak diambil kira).
    3. Mereka yang telah menerima Anugerah Pengajaran tidak boleh di calonkan semula dalam jangkamasa lima tahun.

 

5. KRITERIA PEMILIHAN

    1. Anugerah ini diberikan berasaskan kriteria yang menunjukkan penglibatan lestari dalam kualiti pengajaran seperti di bawah. Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti kecemerlangan dalam kesemua kriteria di bawah.
      Penilaian bagi Anugerah Pengajaran adalah berdasarkan 7 kriteria berikut:    

       

      1. Falsafah pengajaran dan pembelajaran.
      2. Strategi keseluruhan tentang kaedah pengajaran, penyeliaan dan penilaian.
      3. Kreativiti* dan inovasi** dalam pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran.
      4. Kesan inovasi yang digunakan terhadap kualiti pembelajaran
      5. Penilaian pengajaran dan testimonial
      6. Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran (kaedah pengajaran/ penyeliaan/penilaian) melalui amalan penyelidikan.
      7. Kesarjanaan dalam pengajaran dan pembelajaran dan pembangunan profesional

**Kreativiti ialah penjanaan idea atau teknik atau strategi baru dalam pengajaran  dan pembelajaran serta penilaian. Kreativiti diukur berdasarkan kebaharuan idea dan penggunaan unsur-unsur terbaru seperti teknologi atau ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

**Inovasi ialah usaha menambah nilai pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran    bagi kursus-kursus yang diajar. Kejayaan inovasi diukur berdasarkan kesannya terhadap meningkatkan motivasi dan kualiti pembelajaran pelajar.

 

PROSEDUR PENILAIAN

Penilaian dijalankan secara berperingkat seperti berikut:

Peringkat 1:    Penilaian portfolio

Portfolio  WAJIB mengandungi perkara-perkara berikut:

  1. Ilmu pengetahuan tentang teori dan falsafah pengajaran dan pembelajaran yang menggambarkan kesarjanaan calon.
    1. Penyataan falsafah pengajaran dan pembelajaran yang tidak melebihi dua (2) muka
    2. Kaitan dengan teori dan prinsip pengajaran dan pembelajaran
    3. Penyataan aplikasi
  1. Pernyataan keseluruhan tentang kaedah pengajaran, penyeliaan dan penilaian.Sertakan maklumat yang berikut (yang berkaitan dengan inovasi yang dikemukakan) :
    1. Senarai kursus yang pernah diajar
    2. Rangka kursus dan bilangan pelajar
    3. Bilangan pelajar diselia mengikut peringkat Sarjana   Muda/Sarjana/ PhD
    4. Pernyataan asas dan penjelasan yang menunjukkan bidang kepakaran dalam konteks pengajaran dan pembelajaran; dan menggunakan kaedah/ teori/prinsip yang terbukti berkesan bagi:
      • Pengajaran
      • Penilaian
      • Penyeliaan
  2. Kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (kaedah pengajaran/penyeliaan/penilaian).
    Berikan bukti bagaimana kreativiti dan inovasi dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran.    

     

    1. Pernyataan kreativiti dan inovasi
      • Sejajar/Menyokong falsafah pengajaran
    2. Terangkan tentang inovasi yang dilaksanakan
      • Ciri-ciri inovasi
        • Pendekatan baharu
        • Signifikan
        • Relevan
        • Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran
      • Inovasi pengajaran dan pembelajaran (kaedah/penilaian) yang merangsang dan memupuk pemikiran aras tinggi
        • Aplikasi
        • Analitikal
        • Kreatif
    3. Kesejajaran antara kaedah dan penilaian
  1. Kesan inovasi yang digunakan terhadap kualiti pembelajaran.
    Sertakan bukti keberkesanan inovasi pengajaran terhadap peningkatan kualiti pembelajaran seperti berikut:    

     

    1. Peningkatan pencapaian pelajar
    2. Kualiti hasil kerja pelajar
  1. Penilaian pengajaran dan testimonial
    1. Sertakan bukti hasil penilaian pengajaran oleh pelajar.
    2. Sertakan testimonial daripada pelbagai pihak.
  1. Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran (kaedah pengajaran/penyeliaan/penilaian) melalui amalan reflektif dan penyelidikan.
    1. Sertakan bukti hasil penilaian pengajaran oleh pelajar.
    2. Sertakan testimonial daripada pelbagai pihak.
  1. Kesarjanaan dalam pengajaran dan pembelajaran, dan pembangunan professional
    1. Perkongsian ilmu dan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran seperti:
      • Pembentangan (seperti seminar/bengkel/ media sosial termasuk Youtube,blog, Facebook dll)
      • Komuniti pembelajaran (Special Interest Group)
      • Modul pembelajaran/ buku teks
      • Penerbitan berwasit
      • Alat bantu Mengajar
    2. Pengiktirafan (anugerah/jemputan ucaptama/seminar/penceramah jemputan/jurulatih utama/mentor) yang diperolehi
    3. Kepimpinan (pengerusi/jawatankuasa)  dalam komuniti   akademik  fakulti /Universiti /persatuan akademik kebangsaan/antarabangsa) yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
    4. Pembangunan profesional dalam pembelajaran dan pengajaran.
    5. Keterlibatan bersama komuniti/industri

 

NOTA :

Kandungan portfolio hendaklah disusun mengikut urutan di atas. Portfolio calon yang memenuhi kriteria  Peringkat 1 dan mencapai titik ambang akan maju ke Peringkat 2. 

Peringkat 2:   Temuduga dan Pemerhatian sesi mengajar (classroom observation)

Temuduga dan pemerhatian sesi mengajar akan dijalankan bagi calon yang telah disenarai-pendek di Peringkat 1.

  1. Temuduga.

Temuduga akan merangkumi perkara berikut:

1.1  Falsafah pengajaran dan pembelajaran.

1.2  Inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.3  Keunikan pengajaran dan pembelajaran.

1.4  Aplikasi penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

  1. Pemerhatian sesi mengajar

Perkara yang dinilai dalam pemerhatian sesi mengajar :

2.1  Keberkesanan komunikasi.

2.2  Kejelasan penyampaian.

2.3  Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar.

2.4  Keupayaan meyakini ‘pelajar’.

2.5  Keupayaan melibatkan ‘pelajar’ secara aktif dan berkesan.

2.6  Keupayaan memotivasikan ‘pelajar’.

 

Keputusan penilaian

Hanya calon yang memenuhi kriteria Peringkat 1 dan markah tertinggi di Peringkat 2 bagi setiap kategori akan diperakukan untuk dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Pengajaran.

 

6. PERMARKAHAN

    1. Jadual di bawah menunjukkan permarkahan mengikut kriteria bagi sesi temubual calon-calon yang telah diperakukan.
BIL GARIS PANDUAN & KRITERIA MARKAH
1 Falsafah pengajaran dan pembelajaran 20
2 Strategi keseluruhan tentang kaedah pengajaran,penyeliaan dan penilaian. 20
3 Kreativiti dan inovasi dalam pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran. 20
4 Kesan inovasi yang digunakan terhadap kualiti,pembelajaran 10
5 Penilaian pengajaran dan testimonial 10
6 Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran (kaedah pengajaran/ penyeliaan/penilaian) melalui amalan penyelidikan. 10
7 Kesarjanaan dalam pengajaran dan pembelajaran dan pembangunan,profesional 10
JUMLAH 100

 

7. KAEDAH PENCALONAN

    1. Setiap pencalonan mesti menggunakan borang yang disediakan dan mengandungi alasan-alasan yang menyokong calon daripada sekurang-kurangnya seorang penyokong.
    2. Pencalonan boleh diterima daripada mana-mana yang di bawah:
      • Pelajar tahun/semester akhir
      • Jabatan/Fakulti
      • Staf akademik
      • Staf Pengurusan Profesional & Pelaksana
      • Diri sendiri (dengan sokongan fakulti)
    3. Pencalonan diri sendiri hendaklah melalui sokongan fakulti.
    4. Tarikh tutup pencalonan akan ditetapkan oleh UTM CDex

 

8. JADUAL PELAKSANAAN

BIL AKTIVITI TARIKH TINDAKAN
1 Draf Iklan Citra Karisma Web 16 Feb – 23 Feb 2022 UTM CDex & BPO
2 Proses Pencalonan & Perakuan Peringkat Fakulti 1 Mac  – 2 April 2022 Calon
3 Penyerahan Dokumen Pencalonan oleh Fakulti ke UTM CDex Sebelum 2 April 2022 Calon/Fakulti
4 Proses Pengumpulan maklumat (e-PPP, CPD, Capaian e-Learning, Anugerah Kecemerlangan
Pembelajaran Teradun)
5-10 April 2022 UTM CDex
5 Mesyuarat Panel Penilai Pemilihan Calon Anugerah Pengajaran 2019 13 April 2022 JK & UTM CDex
6 Sesi Penilaian Pemerhatian Pengajaran (Teaching Observation) 17-21 April 2022 JK & UTM CDex
7 Sesi Temubual Perakuan Pemenang Bersama TNCA 26 April 2022 JK & UTM CDex
8 Penghantaran maklumat Finalis & Pemenang beserta Write-up 14 Mei 2022 UTM CDex
9 Majlis Citra Karisma 20 Julai 2022

 

9. PEMILIHAN PENERIMA ANUGERAH

    1. Penerima anugerah akan ditentukan oleh Panel Pemilih. Calon-calon yang telah disenarai pendek akan ditemubual oleh Panel Pemilih dan seterusnya dikehendaki mengendalikan satu sesi kuliah (teaching observation) yang diperhatikan oleh Jawatankuasa Pemilih. Penerima anugerah akan menerima anugerah dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM Citra Karisma.
    2. Keahlian Panel Pemilih ini ialah :-
i Jemputan Khas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
ii Pengerusi Panel Pemilih Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah
iii Panel Pemilih


Dr. Nurbiha binti A. Shukor
Prof. Dr. Zaidatun binti Tasir
Prof. Dr. Rose Alinda binti Alias
Prof. Dr. Hasbullah bin Idris
iv Setiausaha Pn. Nuril Aini binti Ahmad Tohid
v Urusetia       Cik Priscilla Prapagara