Ceramah Di Ambang Ramadan 1442H : 8 APRIL 2021

Article by Nizam Ahmad
JK Pelestarian UTMLead 2021

Photo by Isyq Irfan
Official Photographer

Posted by Raja Fareez
Urusetia, Webmaster
Pada 08 April 2021, Biro Kebajikan di bawah Kelab Keluarga UTMLead (Kappella) telah menganjurkan ceramah bagi menyambut kedatangan Ramadan 1442H. Sessi ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Sekolah Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Encik Juhazren Junaidi dengan perkongsian bertajuk Ramadan Menyuci Jiwa.
Program ini dijalankan di Dewan UTMLead secara sua muka setelah mengambil kira kapasiti ruangan dewan bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Bukan sahaja dihadiri oleh staf UTMLead, namun pihak Kappella telah mengambil inisiatif buat julung kalinya menjemput staf MyLine bagi bersama-sama memeriahkan majlis.
Porgram ini merupakan kesinambungan aktiviti tahunan Kapella pada setiap kali tibanya Ramadan. Program seumpama ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan semangat kebersamaan diantara satu sama lain. Pihak Kappella turut mengambil peluang menyampaikan sumbangan kurma bagi setiap ahli pada majlis berkenaan.
Related Articles
Related
Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Tahun 2021 : 5 Oktober 2021
Penerbit Rancangan UTMLead / Webmaster"Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya" merupakan tema yang dipilih untuk Hari Akademia Tahun 2021. Universiti Teknologi Malaysia telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai penganjur Majlis Sambutan Hari Akademia...
Program Semarak Kemerdekaan UTMLead 2021
Urusetia ProgramFotografer RasmiUrusetia, WebmasterSekitar bulan Ogos dan September 2021 telah diadakan Program Semarak Kemerdekaan UTMLead sempena sambutan Merdeka pada 31 Ogos 2021. Program ini telah dijalankan secara bersemuka dan di atas talian sepanjang bulan...
Webinar Code of Ethics : 11 Ogos 2021
Pengurus ProgramUrusetia, Webmaster Webinar Code of Ethics anjuran UTMLead telah diadakan dengan jayanya pada 11 Ogos 2021. Penceramah jemputan adalah, YBhg Dato’ Ir. Hj Ahmad Murad Bin Hj Omar, iaitu Pengarah Eksekutif OMAHAS Corp. Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan...