Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Tahun 2021 : 5 Oktober 2021

Artikel & diterbitkan oleh Zul Azri
Penerbit Rancangan UTMLead / Webmaster
“Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya” merupakan tema yang dipilih untuk Hari Akademia Tahun 2021. Universiti Teknologi Malaysia telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai penganjur Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Tahun 2021. Program yang berlangsung pada 5 Oktober 2021 ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) dengan kerjasama dari Pejabat Hal Ehwal Korporat.

Seusai majlis sambutan berakhir, diteruskan pula dengan satu forum akademia yang telah dihadiri oleh panel yang terkemuka dalam bidang masing-masing. YBrs. Prof. Ir. Dr. Robiah binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi selaku moderator Forum Akademia bertajuk Pendigitalan Pendidikan Tinggi: Halatuju dan Cabaran dan turut sama Panel Forum terdiri dari YBhg. Dato’ Prof. Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), YBrs. Prof. Ts. Dr Mohamed Ibrahim bin Abdul Mutalib Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), YBhg. Dato’ Dr. Parmjit Singh A/L Meya Singh, President, Malaysian Association of Private Colleges and Universities (MAPCU) dan YBhg. Prof. Dr. Rosli bin Illias Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).


Majlis Sambutan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi diadakan secara atas talian di platform Facebook dan Youtube KPT – MOHE Official. Tema sambutan Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya menjadi satu semangat dalam meraikan hari bersejarah kepada para akademi di semua Institusi Pengajian Awam dan Swasta di Malaysia.


Related Articles
Senarai Mentor daripada 3 Universiti yang terlibat dalam Program MyMentor
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini menerusi artikel https://utmcdex.utm.my/utmlead/taklimatmymentor/, salah satu syarat permohonan untuk Program MyMentor ini adalah pemilihan Mentor yang sesuai dengan bidang supaya dapat menerbitkan penulisan jurnal berimpak....
Peluang Mengikuti Pengajian Postdoctoral melalui Program MyMentor KPT
JOHOR BAHRU 12 Julai 2017 – Satu sesi Taklimat Tawaran untuk Mengikuti Pengajian di peringkat Pasca Kedoktoran (Post Doctoral) di bawah program khas MyMentor tajaan KPT telah diadakan pada 12 Julai 2017 yang lalu bertempat di Dewan UTMLead, Bangunan F54 UTM Johor...
Invitation to MyMentor Awareness Programme
Invitation to MyMentor Awareness Programme We would like to invite you to join us at the MyMentor Awareness Programme road tour as per detail below. Date : Wednesday, 12th July 2017 Time : 2.30 ~ 5.00 pm...