Select Page

Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Tahun 2021 : 5 Oktober 2021

Artikel & diterbitkan oleh Zul Azri

Penerbit Rancangan UTMLead / Webmaster

“Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya” merupakan tema yang dipilih untuk Hari Akademia Tahun 2021. Universiti Teknologi Malaysia telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai penganjur Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Tahun 2021. Program yang berlangsung pada 5 Oktober 2021 ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) dengan kerjasama dari Pejabat Hal Ehwal Korporat.

Seusai majlis sambutan berakhir, diteruskan pula  dengan satu forum akademia yang telah dihadiri oleh panel yang terkemuka dalam bidang masing-masing. YBrs. Prof. Ir. Dr. Robiah binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi selaku moderator Forum Akademia bertajuk Pendigitalan Pendidikan Tinggi: Halatuju dan Cabaran dan turut sama Panel Forum terdiri dari YBhg. Dato’ Prof. Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), YBrs. Prof. Ts. Dr Mohamed Ibrahim bin Abdul Mutalib Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), YBhg. Dato’ Dr. Parmjit Singh A/L Meya Singh, President, Malaysian Association of Private Colleges and Universities (MAPCU) dan YBhg. Prof. Dr. Rosli bin Illias Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Majlis Sambutan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi diadakan secara atas talian di platform Facebook dan Youtube KPT – MOHE Official.  Tema sambutan Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya menjadi satu semangat dalam meraikan hari bersejarah kepada para akademi di semua Institusi Pengajian Awam dan Swasta di Malaysia.

Related Articles

Related

Anugerah Akademik Negara ke 11

Anugerah ini merupakan satu platform untuk mengiktiraf serta menyanjung ahli akademik negara yang telah memartabatkan nama Malaysia dalam bidang ilmu. Anugerah Akademik Negara adalah anugerah tahunan tertinggi dan mempunyai tujuh (7) kategori utama.   Sebarang...

read more

UTM MOOC – WEB BASED MULTIMEDIA DEVELOPMENT

Join our UTM MOOC course -Web Based Multimedia Development. This course is aimed at those students wishing to produce innovative web-based multimedia especially for educational purposes. The standard and compatibility of each multimedia component in web development...

read more

UTM MOOC – DATA STRUCTURES AND ALGORITHMS

Join our UTM MOOC course - Data Structures and Algorithms. This course provides an introduction to data structure and algorithms, types of data structures and programming principles. Student will learn abstract data type concepts using class and apply ADT concept in...

read more