Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Tahun 2021 : 5 Oktober 2021

Artikel & diterbitkan oleh Zul Azri
Penerbit Rancangan UTMLead / Webmaster
“Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya” merupakan tema yang dipilih untuk Hari Akademia Tahun 2021. Universiti Teknologi Malaysia telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai penganjur Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Tahun 2021. Program yang berlangsung pada 5 Oktober 2021 ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) dengan kerjasama dari Pejabat Hal Ehwal Korporat.

Seusai majlis sambutan berakhir, diteruskan pula dengan satu forum akademia yang telah dihadiri oleh panel yang terkemuka dalam bidang masing-masing. YBrs. Prof. Ir. Dr. Robiah binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi selaku moderator Forum Akademia bertajuk Pendigitalan Pendidikan Tinggi: Halatuju dan Cabaran dan turut sama Panel Forum terdiri dari YBhg. Dato’ Prof. Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), YBrs. Prof. Ts. Dr Mohamed Ibrahim bin Abdul Mutalib Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), YBhg. Dato’ Dr. Parmjit Singh A/L Meya Singh, President, Malaysian Association of Private Colleges and Universities (MAPCU) dan YBhg. Prof. Dr. Rosli bin Illias Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).


Majlis Sambutan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi diadakan secara atas talian di platform Facebook dan Youtube KPT – MOHE Official. Tema sambutan Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya menjadi satu semangat dalam meraikan hari bersejarah kepada para akademi di semua Institusi Pengajian Awam dan Swasta di Malaysia.


Related Articles
UTM MOOC-RESEARCH METHODS IN EDUCATION
Join our UTM MOOC course - Research Methods in Education. The course exposes students to various methods of conducting research. The main topics discussed are concepts and criteria of scientific research in education, procedures in conducting research activities...
UTM MOOC-Highway Engineering
Join our UTM MOOC course - Highway Engineering. This is one of the compulsory courses in Civil Engineering where students are exposed to the fundamental theory of highway engineering. Topics covered are; highway materials and evaluations, premix plants, construction...
Perhimpunan Bulanan Bersama Naib Canselor UTM pada 8 Mei 2017
Setiap bulan, UTM akan mengadakan perhimpunan bulanan bersama Naib Canselor UTM bagi perkongsian maklumat daripada pentadbiran tinggi kepada semua staf akademik dan bukan akademik. Pada perhimpunan bulan Mei 2017, UTMLead telah terlibat bagi membantu menyediakan Video...