Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Tahun 2021 : 5 Oktober 2021

Artikel & diterbitkan oleh Zul Azri
Penerbit Rancangan UTMLead / Webmaster
“Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya” merupakan tema yang dipilih untuk Hari Akademia Tahun 2021. Universiti Teknologi Malaysia telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai penganjur Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Tahun 2021. Program yang berlangsung pada 5 Oktober 2021 ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) dengan kerjasama dari Pejabat Hal Ehwal Korporat.

Seusai majlis sambutan berakhir, diteruskan pula dengan satu forum akademia yang telah dihadiri oleh panel yang terkemuka dalam bidang masing-masing. YBrs. Prof. Ir. Dr. Robiah binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi selaku moderator Forum Akademia bertajuk Pendigitalan Pendidikan Tinggi: Halatuju dan Cabaran dan turut sama Panel Forum terdiri dari YBhg. Dato’ Prof. Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), YBrs. Prof. Ts. Dr Mohamed Ibrahim bin Abdul Mutalib Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), YBhg. Dato’ Dr. Parmjit Singh A/L Meya Singh, President, Malaysian Association of Private Colleges and Universities (MAPCU) dan YBhg. Prof. Dr. Rosli bin Illias Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).


Majlis Sambutan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi diadakan secara atas talian di platform Facebook dan Youtube KPT – MOHE Official. Tema sambutan Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya menjadi satu semangat dalam meraikan hari bersejarah kepada para akademi di semua Institusi Pengajian Awam dan Swasta di Malaysia.


Related Articles
Konvokesyen ke 58 UTM
Tahniah diucapkan buat graduan yang menerima Phd, Sarjana dan Sarjana Muda pada majlis Konvokesyen UTM yang ke 58 pada 29 sehingga 30 April 2017 ini. UTMLead sentiasa cuba untuk memberikan latihan kepada staf akademik supaya berkebolehan untuk mengajar dan...
Gotong-royong Perdana UTM 2017
Pada Khamis, 20 April 2017, UTM Johor Bahru telah mengadakan Gotong – Royong Perdana di sekitar kampus UTM Johor Bahru. Sesi pelancaran Program Gotong Royong Perdana ini telah diadakan di Foyer, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim pada jam 8.15 pagi. UTMLead turut...
UTM MOOC – DIGITAL ELECTRONICS
Join our UTM MOOC course -Digital Electronics. Digital electronics is the foundation of all microprocessor-based systems found in computers, robots, automobiles, and industrial control systems. This course introduces the students to digital electronics and provides a...