Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Tahun 2021 : 5 Oktober 2021

Artikel & diterbitkan oleh Zul Azri
Penerbit Rancangan UTMLead / Webmaster
“Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya” merupakan tema yang dipilih untuk Hari Akademia Tahun 2021. Universiti Teknologi Malaysia telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai penganjur Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Tahun 2021. Program yang berlangsung pada 5 Oktober 2021 ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) dengan kerjasama dari Pejabat Hal Ehwal Korporat.

Seusai majlis sambutan berakhir, diteruskan pula dengan satu forum akademia yang telah dihadiri oleh panel yang terkemuka dalam bidang masing-masing. YBrs. Prof. Ir. Dr. Robiah binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi selaku moderator Forum Akademia bertajuk Pendigitalan Pendidikan Tinggi: Halatuju dan Cabaran dan turut sama Panel Forum terdiri dari YBhg. Dato’ Prof. Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), YBrs. Prof. Ts. Dr Mohamed Ibrahim bin Abdul Mutalib Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), YBhg. Dato’ Dr. Parmjit Singh A/L Meya Singh, President, Malaysian Association of Private Colleges and Universities (MAPCU) dan YBhg. Prof. Dr. Rosli bin Illias Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).


Majlis Sambutan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi diadakan secara atas talian di platform Facebook dan Youtube KPT – MOHE Official. Tema sambutan Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya menjadi satu semangat dalam meraikan hari bersejarah kepada para akademi di semua Institusi Pengajian Awam dan Swasta di Malaysia.


Related Articles
Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (MY3s) Fasa 2 Bagi Kemasukan Pelajar Tahun 1 Semester 1 2017/2018
Adalah dimaklumkan bahawa pihak KPT telah mengarahkan agar pelaksanaan My3S Fasa 2 diteruskan bagi tahun 2016 dan tahun-tahun selanjutnya. Tujuan utama pelaksanaan program My3S adalah untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan...
Staf UTMLead dalam ” Treasure Hunt Merdeka 2017″
Pada 28 Ogos 2017 (ISNIN) yang lalu, Biro Sukan Kelab Keluarga UTMLead (Kapella) telah mengadakan aktiviti riadah sehat iaitu "TREASURE HUNT MERDEKA 2017" sempena kemerdekaan yang bakal tiba. Aktiviti bermula pada jam 2.30 petang dimana semua peserta...
UTM 4.0: 4th Industrial Revolution Showcase on the 8th to 10th of August in UTM Johor Bahru!
Come and visit Center for Teaching and Learning, UTMLead booth at the UTM 4.0 : 4th Industrial Revolution Showcase on the 8th to 10th of August 2017, Block T03, UPMU, UTM Johor Bahru! Come and see what are the digital products and services in teaching and learning...