Select Page

Pada 1 Mac 2016 yang lalu, CTL telah menerima lawatan dari Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Pihak ASWARA mengadakan lawatan ini bertujuan untuk melihat dan meneliti secara lebih jelas konsep dan pengurusan sistem e-learning bagi tujuan pembelajaran di ASWARA. Seramai 4 orang wakil dari pihak ASWARA telah menghadiri sesi lawatan ini, diketuai oleh En. Ku Aznal Shahri bin Ku Abd Hamid, Pengarah Teknologi Maklumat ASWARA. Manakala CTL telah diwakili oleh Dr. Zaleha Abdullah (Timbalan Pengarah CTL), Dr. Norah Mohd Noor (Pengurus Teknologi Maklumat), Dr. Nurbiha A. Shukor (Pengurus OER) dan Pn. Nurul Syazana Selamat, wakil dari CICT. Sesi lawatan dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai pelaksanaan sistem e-Learning di UTM, diikuti oleh sesi soal jawab. Lawatan berakhir dengan sesi lawatan ke Studio Multimedia UTMLead.

6 5