Program Semarak Kemerdekaan UTMLead 2021

Artikel oleh Isyq Irfan
Urusetia Program

Gambar oleh Isyq Irfan
Fotografer Rasmi

Diterbitkan oleh Raja Fareez
Urusetia, Webmaster
Sekitar bulan Ogos dan September 2021 telah diadakan Program Semarak Kemerdekaan UTMLead sempena sambutan Merdeka pada 31 Ogos 2021. Program ini telah dijalankan secara bersemuka dan di atas talian sepanjang bulan Ogos sehingga awal bulan September 2021 dengan pelbagai aktiviti kemerdekaan.
Pada 29 Ogos 2021, telah diadakan perasmian Program Semarak Kemerdekaan UTMLead secara atas talian menerusi pautan Webex yang diselaraskan oleh Cik Nurliyana Mohamad Nor dan telah dirasmikan oleh Pengarah UTMLead Prof Madya Ir. Dr. Sharifah Hafizan Syed Ariffin. Agenda sepanjang perasmian program ialah, pemasangan video montaj program yang dihasilkan oleh En. Zul Azri. Kemudian disusuli dengan video ucapan merdeka staf UTMLead yang telah dhasilkan oleh En. Muhammad ‘Isyq ‘Irfan Fani. Program disambung dengan aktiviti deklamasi sajak oleh En. Jeffri Abdul Rahman dan diakhiri dengan pemasangan lagu patriotik.

Aktiviti deklamasi sajak, pantun, dan perkongsian cerita sejarah negarawan diteruskan bermula 29 Ogos sehingga 9 September 2021, setiap hari selepas bacaan doa pagi UTMLead. Aktiviti-aktiviti ini telah disertai oleh staf-staf UTMLead sendiri yang terdiri daripada En. Jeffri, Cik Priscilla, En. Amri Fikri, En. Irfan, Cik Azirah, Puan Norliah, Ts. Dr. Azizul Azri dan Puan Nurliza secara bergilir. Selain itu, lagu-lagu patriotik juga dimainkan setiap pagi oleh En. Mohd Gaffar selepas aktiviti perkongsian dijalankan.
Pada 9 September 2021, program Semarak Merdeka telah ditutup dengan aktiviti kuiz merdeka yang dikendalikan oleh Encik Mohd Arshad melalui pautan Quizizz. Staf telah diuji dan bertanding dengan 30 soalan kuiz mengenai kemerdekaan. Keputusan akhir kuiz telah dimenangi oleh Encik Muhammad ‘Isyq ‘Irfan Fani dan Encik Mohamad Nizam Ahmad.
Selain daripada itu, telah diadakan juga undian bagi video ucapan merdeka staf paling win. Ts.Dr. Azizul Azri Mustaffa telah mendapat undian tertinggi dengan 15 undian secara keseluruhan.
Terima kasih diucapkan kepada semua staf UTMLead yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Semarak Kemerdekaan UTMLead. Semoga program ini sedikit sebanyak memupuk semangat patriotik di dalam diri kita.
Malaysia Prihatin.
Related Articles
Related
Kursus Orientasi Penyeliaan (AS101) – 27 Mac 2017
Pada 27 Mac 2017, UTMLead telah menjalankan kursus Orientasi penyeliaan (AS101) di Dewan UTMLead. Kursus melibatkan pensyarah yang baru mendapat PhD bagi memperolehi kelayakan sebagai penyelia. Kursus ini merupakan siri pertama daripada 3 siri Kursus Orientasi...
Bengkel Semakan Polisi Pembangunan Profesional – 19 Mac 2017
Bengkel Semakan Polisi Pembangunan Profesional telah diadakan di Bilik Bengkel UTMLead pada 19 Mac 2017 yang lalu. Polisi ini adalah penting selaras dengan Pelan Global Universiti 2012-2020.
Maklumat Terkini Staf Akademik Berkelayakan Profesional
Maklumat Semasa & Perancangan Program Latihan Jangka Panjang (PLJP) 2017
UTMLead memerlukan bantuan dan kerjasama Fakulti/Sekolah/Akademik untuk mengemukakan maklumat sedia ada dan maklumat perancangan staf akademik di Fakulti/Sekolah/Akademik saudara yang telah dan akan mengikuti PLJP Tahun 2017 (meliputi...
Bengkel Penyediaan Laporan BEM
Bengkel Penyediaan laporan untuk BEM ini telah dijalankan pada 25 Januari dan 17 Februari 2017. Penceramah dan fasilitator yang terlibat adalah Prof. Madya Ir. Hayati Abdullah dan Prof. Madya Ir. Dr. Sharifah Hafizah Syed Ariffin. Bengkel ini adalah untuk membantu...