Select Page

USR KAPELLA Kepada UTM

Artikel oleh Jeffri A. Rahman

Timbalan Pengerusi KAPELLA 2020/21

Gambar oleh Isyq Irfan

Fotografer Rasmi

Diterbitkan oleh Raja Fareez

Urusetia, Webmaster

Pada 27 Mei 2021 KAPPELLA ataupun Kelab keluarga Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, UTMLead telah menjayakan program serahan makanan keperluan asas kepada warga kampus yang terkesan akibat PKPD seperti diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuat kuasa pada 21 Mei 2021 hingga 3 Jun 2021.

Menerusi program ini KAPELLA telah menyumbang sebanyak lima puluh lapan pek bekalan makanan keperluan asas kepada Bilik Gerakan, Dewan Alumni UTM untuk diagihkan kepada warga Universiti terutamanya yang berkeluarga dan menetap di dalam kampus.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh staf UTMLead yang telah menyumbang wang ringgit dan juga kepada ahli Jawatankuasa KAPPELLA yang telah meluangkan masa dan mengerah tenaga bagi menjayakan program ini. 

Related Articles

Related

OVER 1500 LIKES – THANK YOU!

We have reached 1500 likes through our facebook page. We just wanted to say a big thank you to everyone who follows and likes us. We really appreciate all the support you give. Thank you !!