Select Page

USR KAPELLA Kepada UTM

Artikel oleh Jeffri A. Rahman

Timbalan Pengerusi KAPELLA 2020/21

Gambar oleh Isyq Irfan

Fotografer Rasmi

Diterbitkan oleh Raja Fareez

Urusetia, Webmaster

Pada 27 Mei 2021 KAPPELLA ataupun Kelab keluarga Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, UTMLead telah menjayakan program serahan makanan keperluan asas kepada warga kampus yang terkesan akibat PKPD seperti diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuat kuasa pada 21 Mei 2021 hingga 3 Jun 2021.

Menerusi program ini KAPELLA telah menyumbang sebanyak lima puluh lapan pek bekalan makanan keperluan asas kepada Bilik Gerakan, Dewan Alumni UTM untuk diagihkan kepada warga Universiti terutamanya yang berkeluarga dan menetap di dalam kampus.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh staf UTMLead yang telah menyumbang wang ringgit dan juga kepada ahli Jawatankuasa KAPPELLA yang telah meluangkan masa dan mengerah tenaga bagi menjayakan program ini. 

Related Articles

Related

Lawatan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ke UTMLead

UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kepimpinan Akademik (UTMLead) pada 25 Julai 2017 - 2.30 ptg. Lawatan ini diketuai oleh Prof Ir. Dr. Khairul Salleh bin Mohamed Sahari- Penolong Naib Canselor (Akademik) dan beliau datang...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Salam Aidilfitri kepada semua staf dan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang pernah berurusan dengan CTL dan CALPD UTMLead. Semoga Aidilfitri kali ini memberi sinaran kebahagiaan dan menambah keindahan silaturahim kepada semua. Ikhlas dari warga kerja...