Webinar Code of Ethics : 11 Ogos 2021

Artikel oleh Prof. Madya Ir. Dr. Rini Asnida Abdullah
Pengurus Program

Diterbitkan oleh Raja Fareez
Urusetia, Webmaster
Webinar Code of Ethics anjuran UTMLead telah diadakan dengan jayanya pada 11 Ogos 2021. Penceramah jemputan adalah, YBhg Dato’ Ir. Hj Ahmad Murad Bin Hj Omar, iaitu Pengarah Eksekutif OMAHAS Corp. Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Ahli Konsil Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Naib Presiden Institut Jurutera Malaysia, (IEM) dan amat berpengalaman luas berkaitan Code of Ethics.
Webinar yang berlangsung selama satu hari ini telah dihadiri oleh 43 staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terdiri daripada staf akademik dan juga Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP). Webinar ini dianjurkan bagi persediaan peperiksaan Code of Ethics bagi pendaftaran Jurutera Profesional Tahap 1 (Tier 1) mengikut Peraturan Lembaga Jurutera di bawah Akta Jurutera 1967 (Pindaan 2015). Terdapat enam (6) modul pengisian di dalam Webinar sehari ini yang mengambilkira peperiksaan bertulis Code of Ethics bagi Laluan A, B dan C, iaitu:
- Introduction to Code of Conduct,
- Responsibilities as an Engineer,
- Understanding Code of Conduct reference to REA 1967,
- Understanding Code of Conduct reference to MACC Act,
- Path towards Registration, dan
- Impact Code of Conduct on Engineers and Society

Perbincangan Kajian Kes yang disediakan telah diperbahaskan dengan terperinci untuk menambahkan pemahaman peserta dengan contoh-contoh soalan semasa peperiksaan kelak. Sesi webinar ini tamat pada jam 5:30 petang. Para peserta memberikan komitmen dan maklumbalas yang baik terhadap webinar ini serta mengucapkan terima kasih di atas perkongsian ilmu bersama YBhg Dato’ Ir. Hj Ahmad Murad.

Related Articles
Related
Gotong-royong Perdana UTM 2017
Pada Khamis, 20 April 2017, UTM Johor Bahru telah mengadakan Gotong – Royong Perdana di sekitar kampus UTM Johor Bahru. Sesi pelancaran Program Gotong Royong Perdana ini telah diadakan di Foyer, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim pada jam 8.15 pagi. UTMLead turut...
Pendaftaran sebagai Jurutera Siswazah Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
Graduan Bidang Kejuruteraan bagi Program Perdana Sepenuh Masa yang akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen UTM ke 58 SAHAJA Bagi graduan UTM, borang pendaftaran perlu diisi dan dihantar secara manual dan online. Sila baca maklumat pendaftaran seperti yang terkandung...
Kursus Orientasi Penyeliaan (AS101) – 27 Mac 2017
Pada 27 Mac 2017, UTMLead telah menjalankan kursus Orientasi penyeliaan (AS101) di Dewan UTMLead. Kursus melibatkan pensyarah yang baru mendapat PhD bagi memperolehi kelayakan sebagai penyelia. Kursus ini merupakan siri pertama daripada 3 siri Kursus Orientasi...