Select Page

Webinar Code of Ethics : 11 Ogos 2021

Artikel oleh Prof. Madya Ir. Dr. Rini Asnida Abdullah

Pengurus Program

Diterbitkan oleh Raja Fareez

Urusetia, Webmaster

Webinar Code of Ethics  anjuran UTMLead telah diadakan dengan jayanya pada 11 Ogos 2021. Penceramah jemputan adalah, YBhg Dato’ Ir. Hj Ahmad Murad Bin Hj Omar, iaitu Pengarah Eksekutif OMAHAS Corp. Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Ahli Konsil Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Naib Presiden Institut Jurutera Malaysia, (IEM) dan amat berpengalaman luas berkaitan Code of Ethics.

Webinar yang berlangsung selama satu hari ini telah dihadiri oleh 43 staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terdiri daripada staf akademik dan juga Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP). Webinar ini dianjurkan  bagi  persediaan peperiksaan Code of Ethics bagi  pendaftaran Jurutera Profesional Tahap 1 (Tier 1) mengikut Peraturan Lembaga Jurutera di bawah Akta Jurutera 1967 (Pindaan 2015). Terdapat enam (6) modul pengisian di dalam Webinar sehari ini yang mengambilkira peperiksaan bertulis Code of Ethics bagi Laluan A, B dan C, iaitu:

  1. Introduction to Code of Conduct,
  2. Responsibilities as an Engineer,
  3. Understanding Code of Conduct reference to REA 1967,
  4. Understanding Code of Conduct reference to MACC Act,
  5. Path towards Registration,  dan
  6. Impact Code of Conduct on Engineers and Society 

Perbincangan Kajian Kes yang disediakan telah diperbahaskan dengan terperinci untuk menambahkan pemahaman peserta dengan contoh-contoh soalan semasa peperiksaan kelak.  Sesi webinar ini tamat pada jam 5:30 petang. Para peserta memberikan komitmen dan maklumbalas yang baik terhadap webinar ini serta mengucapkan terima kasih di atas perkongsian ilmu bersama YBhg Dato’ Ir. Hj Ahmad Murad.

Related Articles

Related

1 Staf 1 Pokok : 25 MAC 2021

1 Staf 1 Pokok : 25 MAC 2021

JK Pelestarian UTMLead 2021Fotografer RasmiUrusetia, WebmasterDalam usaha mengindahkan persekitaran dan ruangan kerja, serta dengan mengambil semangat pelaksanaan Program Pelestarian Pejabat, Kelab Green Office UTMLead yang diketuai oleh Puan Hanin Ahmad telah...

read more
Ceramah Di Ambang Ramadan 1442H : 8 APRIL 2021

Ceramah Di Ambang Ramadan 1442H : 8 APRIL 2021

JK Pelestarian UTMLead 2021Official PhotographerUrusetia, WebmasterPada 08 April 2021, Biro Kebajikan di bawah Kelab Keluarga UTMLead (Kappella) telah menganjurkan ceramah bagi menyambut kedatangan Ramadan 1442H. Sessi ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah...

read more