Date : 30.08.2021 (Monday)
Time : 3.00 pm
Organizer : Group 4, ACCER2021 Buddies
Beliau merupakan panel yang pertama berkongsi berkenaan “Ledership in The Time of Crisis”. Beliau berkongsi bagaimana urustadbir yang semasa pendemik Covid-19 dalam urusan pembelian, agihan dan pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia. Bagaimana sesuatu keputusan yang perlu dibuat dalam keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan ditambah lagi cabaran dalam isu pertukaran pentadbiran dalam negara dalam waktu yang sama. Walaubagaimanapun, prinsip bekerja dalam keadaan krisis iaitu Purpose and Value-Driven, Make Decisions-Boldy, Get It Done dan Communications adalah sesuatu yang diangap berjaya dalam tadbir urus yang diterajui oleh beliau dan pasukannya. YBhg. Datuk juga berkongsi pengalaman sewaktu menjadi pentadbir akademik di UTM. Beliau sentiasa merujuk kepada senior yang juga mentor kepada beliau sekiranya berlaku kesukaran dalam membuat keputusan.Beliau masih rindukan untuk mengajar dan sekiranya diberikan peluang, beliau ingin mengajar Pelajar Tahun 1 kerana beliau merasakan pelajar-pelajar ini masih bersemangat dan perasaan teruja kerana menjadi mahasiswa. Beliau juga merasakan tempoh sambungan kontrak beliau dari Mac 2020 sehingga September 2020 amat berharga dalam perjalanan karier beliau kerana dapat menyumbang kepada negara di saat negara dalam keadaan krisis pendemik. Antara nasihat beliau adalah, anda tidak boleh merubah seseorang, namun anda boleh merubah cara memberi respons kepada ketua di sesuatu organisasi.