JPPSP
Pengenalan
2, Penubuhan JPPSP adalah selaras dengan kuasa Senat di bawah Seksyen 4 Perkara 4(1)(g) untuk memberikan sijil kepada individu yang mencapai kecekapan dalam bidang ilmu. Langkah ini diambil bagi menyeragamkan kaedah pengiktirafan pembelajaran dan memantau penggunaan nama serta logo Universiti. Ia juga bertujuan meningkatkan keterlihatan UTM melalui pengiktirafan pelbagai kategori pembelajaran yang disumbangkan oleh pakar universiti kepada masyarakat dan industri.
3. Keahlian JPPSP adalah terdiri daripada beberapa wakil jawatankuasa dan Pusat Tanggungjawab yang berkaitan seperti Senat, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Pusat Akreditasi (UTM ACe), Bahagian Pengurusan Akademik & Penganugerahan (AMaCs) dan hal-hal keurusetiaan diuruskan oleh Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex).
4. Skop dan bidang kuasa JPPSP merangkumi:
i. Semua bentuk pembelajaran formal Unbundled micro-credential, informal, non-formal yang dilaksanakan dalam mod bersemuka, dalam talian atau secara hibrid.
ii. Semua bentuk pembelajaran yang dibangunkan oleh pensyarah, pasukan pelajar, atau Pusat Tanggungjawab di bawah universiti sama ada secara sendiri atau dengan kerjasama entiti luar universiti.
Jenis Sijil Pembelajaran
| Bentuk Pembelajaran | Definisi Operasi | Kategori Pembelajaran | Jenis Sijil Pembelajaran di UTM |
|---|---|---|---|
| Pembelajaran formal Unbundled Micro-credential | An intentional program of study delivered within an organized and structured context that leads to a certification issued in the form of Malaysia Micro-credential Statement. | Kursus daripada program akademik yang telah diakreditasi tetapi ditawarkan dalam bentuk kursus Unbundled Micro-credential. | Malaysia Micro-credential Statement |
| Pembelajaran non-formal | Learning that takes place alongside the mainstream systems of education and training. It may have been assessed but does not normally lead to formal certification. Minimum hour of a training is 1 hour and equivalent to 3 hours of Student Learning Time. | i. Kursus Standalone Micro-credential ii. Kursus ditawarkan oleh rakan kerjasama yang diiktiraf oleh UTM. iii. Latihan pembangunan profesional anjuran UTM | Sijil Tamat Kursus (Certificate of Completion) dengan Lencana Digital |
| Pembelajaran informal | Learning that takes place unintentionally through unstructured, experience-based learning arising from daily life, workplace activities, social participation, or community engagement. Minimum hour of a training is 1 hour and equivalent to 3 hours of Student Learning Time. | i. Pengalaman pembelajaran melalui pembelajaran servis. ii. Pengalaman pembelajaran melalui perkongsian bersama komuniti. iii. Pengalaman pembelajaran melalui perkongsian bersama industri. | Sijil Penyertaan (Certificate of Participation) dengan Lencana Digital |
Kriteria Penilaian
| 1. Saringan Awal oleh Sekretariat JPPSP | 2. Kriteria Pengiktirafan Pembelajaran |
|---|---|
| *Tarikh kursus: 2 minggu sebelum kursus dilaksanakan. *Jumlah jam kursus: Minimum 1 jam (~ 3 jam pembelajaran). *Status pengajar: Staf UTM atau staf lantikan entiti di UTM. | Penamaan kursus: perlu dinamakan dengan sewajarnya berdasarkan tujuan, penyampaian, kandungan, penilaian, dan skop). Sinopsis kursus: objektif jelas, sasaran peserta, kandungan dan pentaksiran yang relevan dengan tajuk serta objektif kursus). Bentuk pembelajaran: formal Unbundled Micro-credential, non-formal, atau informal. |
Proses Penilaian dan Pengesahan Sijil Pembelajaran
- Permohonan oleh penganjur >> PAUTAN BORANG <<
- Penilaian oleh JPPSP
- Kelulusan oleh JPPSP
- Pengeluaran sijil pembelajaran
- Pemakluman senarai pelajar/pembelajar kepada JKTS KKA dan Senat
