Pada 2 November 2026, seramai 59 orang termasuk staf akademik, pentadbiran, dan sokongan di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah menyertai kursus bertajuk “Amanah Data dalam Kecerdasan Buatan Generatif: Daripada Prinsip kepada Amalan”. Program anjuran universiti ini berlangsung secara dalam talian menerusi platform Google Meet bermula seawal jam 8.30 pagi. Majlis dibuka dengan bacaan Ummul Kitab serta kata-kata aluan oleh moderator, Encik Mohd Rizal bin Mahadi
Kursus yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Shahrizan Othman ini memberi tumpuan kepada pemahaman asas kecerdasan buatan (AI), kod etika, pengurusan risiko, serta amalan amanah data dalam persekitaran tadbir urus universiti
Dalam sesi amali, para peserta didedahkan kepada penggunaan alatan AI dalam ekosistem universiti, terutamanya Google Gemini dan NotebookLM
Perkara paling utama yang ditekankan sepanjang bengkel ialah aspek keselamatan dan kerahsiaan maklumat
Kursus selama 4 jam 30 minit ini diakhiri dengan sesi penutup oleh moderator yang merakamkan penghargaan kepada penceramah atas perkongsian ilmu yang padat dan berinformatif serta sangat bermanfaat kepada warga JTNCAA.
Galeri Foto
Related Articles
Kursus Pengurusan Perolehan dan Sistem e-Perolehan UTM Secara dalam Talian
Urusetia ProgramWebmaster UTM CDexPada hari Selasa, 13 Mei 2026, UTM CDEX telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Perolehan dan Sistem e-Perolehan secara dalam talian. Kursus yang bertujuan memberi kefahaman tatacara perolehan ini dihadiri oleh 26 orang staf...
Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran...
AUDIT PEMATUHAN KEWANGAN (PPM) BIL 2 TAHUN 2025
Pembantu Tadbir (P/O)Penolong PendaftarWebmasterAudit Pematuhan Kewangan Bil 2 Tahun 2025 (yang dahulunya dikenali sebagai PPM) telah dilaksanakan secara fizikal pada 4 November 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Objektif utama pengauditan ini...














