Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan kursus bertajuk Pengurusan Cuti dan Kehadiran. Kursus tersebut telah diadakan pada 20 Jun 2025 (Jumaat) dan penceramahnya ialah Puan Saidatul Akmal binti Abdul Hamid dari Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UTM Johor Bahru.
Peserta kursus diperkenalkan mengenai pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksibel (WBF) yang bermula dengan tempoh percubaan pada 1 September 2023. WBF kemudiannya berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Disember 2023 dan terpakai kepada staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) yang tidak tertakluk kepada peraturan waktu bekerja giliran. Penceramah juga menerangkan kepada peserta jenis-jenis cuti yang ada dan prosedur yang patut dipatuhi.
Objektif kursus:-
- Mengenal pasti jenis-jenis cuti, sistem pengurusan rekod cuti dan peraturan berkaitan cuti yang sedang berkuatkuasa;
- Mengaplikasikan formula pengiraan cuti mengikut jenis cuti;
- Menyelesaikan masalah berkaitan cuti.
Semoga staf akan lebih peka terhadap peraturan cuti serta sentiasa mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Related Articles
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA UTM CDEX: MEMPERKASA BUDAYA KERJA KONDUSIF DAN KELESTARIAN
Jawatankuasa Latihan EKSA Zon OrenKetua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDexEKSA UTM CDex (Zon Oren) telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Pusat...
KUIZ EKSA 2026
Jawatankuasa Latihan EKSA Zon OrenKetua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDexPada 11 Ogos 2026, Jawatankuasa Latihan EKSA UTM CDex Zon Oren telah menganjurkan...
Kursus Amanah Data dalam Kecerdasan Buatan Generatif: Mengukuhkan Integriti dan Kecekapan Akademik
Ketua Urusetia ProgramPenolong Pegawai Tadbir UTM CDex Webmaster UTM CDexPada 2 November 2026, seramai 59 orang yang terdiri daripada pelbagai bidang tugas seperti staf akademik, staf pentadbiran, dan staf sokongan yang berkhidmat di bawah Jabatan Timbalan Naib...






