KUIZ EKSA 2026

Artikel oleh Nizam Ahmad

Jawatankuasa Latihan EKSA Zon Oren

bersama Puan Mariyana Zainal

Ketua Zon Oren
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Disunting oleh En. Harith Fadzillah Rasid

Pengerusi Zon Oren
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster UTM CDex

Pada 11 Ogos 2026, Jawatankuasa Latihan EKSA UTM CDex Zon Oren telah menganjurkan program Kuiz EKSA bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex dengan penyertaan seluruh warga kerja UTM CDex.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran warga kerja terhadap pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dalam persekitaran organisasi. Menerusi pendekatan kuiz interaktif, para peserta berpeluang menguji pengetahuan berkaitan prinsip dan amalan EKSA, merangkumi aspek kebersihan, kekemasan, keselamatan, keselesaan serta kelestarian tempat kerja.

Program ini diselaraskan oleh En. Mohamad Nizam bin Ahmad bersama Pn. Mariyana Zainal ini bukan sahaja menjadi medium pembelajaran secara santai dan interaktif, malah turut menggalakkan penglibatan aktif warga kerja dalam menghayati serta membudayakan amalan EKSA secara konsisten. Inisiatif seumpama ini diharap dapat meningkatkan komitmen bersama dalam memastikan persekitaran kerja yang lebih teratur, kondusif dan produktif.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang kuiz yang telah menunjukkan pengetahuan dan kefahaman yang cemerlang, iaitu Pn. Nurul Aini A. Ghafar, Pn. Noraini Khalid dan Pn. Nurul Nazihah Ismail.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan sebagai salah satu usaha memperkukuh budaya pembelajaran, meningkatkan kesedaran serta menyemarakkan komitmen seluruh warga UTM CDex terhadap pelaksanaan EKSA secara berterusan.

Related Articles

Related
UTM Open Day