CALI

Curriculum and Learning Innovation

PAKAT

DEFINISI

PAKAT bermaksud perkongsian akdemik antara fakulti/entiti akademik melalui pemilikan bersama atau penawaran bersama program akademik.

 

PEMILIKAN BERSAMA

Konsep pemilikan bersama program akademik melibatkan bekerjasama dalam pembangunan serta penawaran program akademik selaras dengan keperluan struktur kurikulum tersedia masa hadapan.

  • Ia melibatkan persetujuan di antara dua (2) atau lebih fakulti/entiti akademik untuk membangunkan satu program akademik baharu secara perkongsian bercirikan disiplin konvergen.
  • Ia juga boleh melibatkan persetujuan di antara dua (2) atau lebih fakulti/entiti akademik untuk merekabentuk semula kurikulum bagi program akademik sedia ada melalui semakan kurikulum, secara perkongsian.

 

PENAWARAN BERSAMA

Konsep penawaran bersama adalah penawaran program akademik sedia ada di fakulti tertentu oleh fakulti/entiti akademik lain di lokasi berbeza di UTM.

 

JUSTIFIKASI

  • Pemudahcara kepada fakulti dalam melaksanakan program akademik secara perkongsian.
  • Memperjelaskan kepada fakulti kaedah pelaksanaan program akademik secara perkongsian dalam dua (2) konteks berbeza.
  • Memberi pengalaman kepada fakulti untuk menjalankan program akademik secara perkongsian dalaman ke arah memperkasakan Transnasional Education (TNE).
  • Sebagai satu inisiatif meningkatkan enrolmen pelajar di UTM.

 

KONSEP ASAS PELAKSANAAN

  • Fakulti/entiti akademik berkaitan perlu mengadakan perbincangan  dan bersetuju dengan perincian pelaksanaan program akademik berkenaan dan diminitkan perbincangan yang telah dibuat.
  • Kertas kerja permohonan pemilikan/penawaran bersama program akademik perlu disediakan dan dibentangkan untuk kelulusan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Universiti (JKKU), Jawatankuasa Tetap Senat Kurikulum dan Kualiti Akademik (JKTS KKA) dan Senat. Bagi pemilikan bersama, kelulusan Senat perlu diperolehi sebelum kertas kerja program baharu atau semakan kurikulum dikemukakan. Format kertas kerja PAKAT adalah seperti di Lampiran 1.
  • Kertas kerja pemilikan bersama perlu disediakan dan dibawa oleh semua fakulti/entiti akademik yang terlibat manakala kertas kerja penawaran bersama perlu disediakan dan dibawa oleh fakulti yang merupakan program owner.
  • Semua aktiviti pengurusan program akademik termasuk semakan kurikulum perlu dirancang dan dijalankan secara bersama oleh fakulti/entiti akademik berkaitan. Ini penting bagi memastikan pemantauan program melalui penambahbaikan kualiti secara berterusan (CQI) bagi program berkenaan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
  • Kaedah pengurusan program akademik di bawah PAKAT akan diperincikan dalam Garis Panduan Pelaksanaan PAKAT.

 

PROSES KELULUSAN PERMOHONAN KERTAS KERJA PAKAT