CALI

Curriculum and Learning Innovation

PRISMS

LATAR BELAKANG

Pembelajaran fleksibel telah menjadi satu inisiatif kerajaan dalam mendepani cabaran untuk lanskap pembangunan negara. Ia merupakan usaha ke arah pendemokrasian pendidikan dalam membentuk rakyat Malaysia yang berpengetahuan menerusi penguasaan ilmu.

Selain dari penekanan kepada kepelbagaian kaedah pembelajaran dan pengajaran, terdapat juga keperluan penawaran pendidikan dengan pelbagai kaedah termasuk secara eksekutif, pembelajaran jarak jauh, e-pembelajaran, pembelajaran berasaskan kerja, pembelajaran separuh masa atau mengikuti program pembangunan professional dan penjimatan dalam tempoh pengajian.

Program ‘accelerated-master’ merupakan satu konsep yang digunapakai bagi menyokong pembelajaran fleksibel yang melibatkan penjimatan dalam tempoh pengajian sehingga setahun.

Dalam usaha ke arah pembelajaran fleksibel, UTM telah memohon dan seterusnya mendapat kebenaran khas daripada Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menjalankan Program Integrasi Sarjana Muda-Sarjana (PRISMS) sebagai menyokong inovasi dan fleksibiliti dalam kurikulum, selaras dengan kerangka Kurikulum Tersedia Masa Hadapan (rujuk Lampiran A).

 

RASIONAL

PRISMS diperkenalkan atas rasional berikut:

Inovasi pendidikan ke arah kurikulum fleksibel. Menyokong halatuju pendidikan tinggi negara ke arah pembangunan kurikulum tersedia masa hadapan dari aspek struktur “flexible and non-conventional” selain meningkatkan bilangan pelajar pascasiswazah antarabangsa dengan kadar yuran yang lebih tinggi.

Menarik minat serta memberi motivasi kepada pelajar Sarjana Muda cemerlang untuk menyambung pengajian di peringkat pasca siswazah.

Meningkatkan bilangan enrolmen pelajar Sarjana (tempatan dan antarabangsa)

Meningkatkan peratus kebolehpasaran graduan program Sarjana Muda

Meningkatkan pencapaian “critical mass” graduan pasca siswazah negara.

Memformalkan konsep ‘accelerated-master’ supaya dapat dipromosi secara meluas kepada pelajar tempatan dan antarabangsa.

 

MOD PRISMS

Pelaksanaan PRISMS terbahagi kepada 3 mod seperti berikut:

 

Untuk maklumat penuh, muat turun Garis Panduan PRISMS UTM