EXPLORACE MERDEKA 2023 UTM CDex

Artikel oleh Nurliza Abd Rahman

Jawatankuasa Program

Priscilla Prapagara

Jawatankuasa Program

Noraini Khalid

Jawatankuasa Program

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid

Penolong Pendaftar Kanan

Diterbitkan oleh Zul Azri

Webmaster UTM CDex

CHECK POINT LOKASI NAMA PERMAINAN
1 LATA JERNIH

WATERJET (20 minit)

-Peserta mengambil air dari sungai dan mengisi ke dalam botol yang disediakan sehingga penuh menggunakan tangan sebelah kiri sahaja (creative using nature).

2 TAPAK REKREASI

(1) BALL PAPER (30 minit)

-Bola ping pong digolek di atas kertas A4 dari kon A ke kon B tanpa jatuh ke tanah.

(2) MUSANG BERJANGGUT

-4 jenis kekacang perlu diasingkan mengikut jenis ke dalam bekas yang disediakan.

3 TAMAN HERBA

(1) SPIDER WEB (30 minit)

-Semua peserta wajib untuk membawa bola ping pong menggunakan tali ke garisan kon.

(2) CHOPSTICK EGG

-Peserta wajib membawa telur menggunakan lidi ke garisan kon.

4 TAPAK HERBA

(1) FLAG HUNT (30 minit)

-Mencari bendera Malaysia yang tersembunyi di sekitar kawasan terdekat dan setiap kumpulan wajib untuk memiliki 1 bendera

(2) SPIDER BALL

– mengeluarkan bola ping pong dalam jaring dengan menggunakan lidi

5 ASTAKA

CAMPERS (30 minit)

-Peserta perlu memasang khemah dengan betul dan mengambil video bersama ahli kumpulan sambil melaung Merdeka sebanyak 3 kali dan perlu upload dalam Whatsapp Group UTM CDEx. Khemah perlu dikemas semula dengan betul. Kumpulan yang paling pantas mengemas adalah pemenang dalam Explorace Merdeka UTMCDex 2023

Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah UTM CDex, Prof. Madya Dr. Nurbiha A Shukor. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan menunjukkan kerjasama antara semua staf tanpa mengira jawatan untuk peroleh kejayaan di setiap tugasan yang diberikan. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

10 September 2023 (Ahad) – Bagi menyemarakkan sambutan bulan Kemerdekaan 2023, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Program Explorace Merdeka 2023 di Hutan Rekreasi UTM. Program ini telah diketuai oleh En. Mohd Arshad Musa serta dibantu oleh Pn. Noraini Khalid, Cik Priscilla Prapagara, Pn. Nurliza Abd Rahman, En. Zul Azri A Rahman dan En. Mohamed Fairuz Dahalan.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas keselamatan, senaman ringan dan seterusnya penerangan mengenai aktiviti permainan yang akan dijalankan. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan dan setiap kumpulan adalah wajib untuk mengumpul 1 bendera Malaysia bagi setiap check point.

Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan Merah (1) iaitu PM Ts. Dr. Haslinda, Pn. Nurul Nazihah, En. Halizan dan En. Radzuan, Kumpulan Hijau (2) ditempat kedua iaitu PM Dr. Nurbiha, En. Mohd Reduan, En. Mohamad Nizam dan Cik Azirah, Kumpulan Biru (3) di tempat ketiga iaitu Pn. Mariyana, Cik Haslinda, En. Mohd Gaffar dan En Muhammad ‘Isyq ‘Irfan Fani manakala tempat keempat dimenangi oleh Kumpulan Kuning (4) iaitu En. Jeffri, En. Raja Muhammad Fariz, Pn. Jaslina dan Pn. Balqis. Setiap kumpulan telah membawa pulang sebuah hamper hadiah kemenangan.

Related Articles

Related
Majlis Khatam Al-Quran AI SQUAD 2024

Majlis Khatam Al-Quran AI SQUAD 2024

Pengerusi KAPELLAWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 1 April 2024 bersamaan 21 Ramadhan 1445 H, Kelab Keluarga JTNCAA (AI SQUAD) dengan kerjasama Kelab Keluarga UTM CDex (KAPELLA) telah menganjurkan satu Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan bulan Ramadan dimana...

read more
Program Bacaan Yassin & Tahlil Ringkas – Jan 2024

Program Bacaan Yassin & Tahlil Ringkas – Jan 2024

Pengerusi KAPELLAWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 11 Januari 2024, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Allahyarham Prof. Dato' Abu...

read more
Kursus Penulisan Minit Mesyuarat

Kursus Penulisan Minit Mesyuarat

Setiausaha PejabatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Kursus Penulisan Minit Mesyuarat telah diadakan pada 4 April 2024 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru.  Seramai 12 orang Staf UTM CDex telah...

read more