Pada 19 Mac 2023 (Ahad), Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan aktiviti gotong royong EKSA Zon Oren bagi Pejabat UTM CDex.
Gotong royong dalaman dijalankan di Pejabat Pentadbiran sahaja kerana Pejabat Multimedia masih dalam proses pengubahsuaian pejabat. Oleh itu, staf di ruang pejabat multimedia ditempatkan sementara di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Penempatan sementara tersebut juga dipastikan selari dengan kriteria ruang kerja EKSA UTM CDex.
Aktiviti gotong royong adalah merangkumi ruang kerja staf, kaunter, ruang menunggu, bilik mesyuarat, bilik stor alat tulis, surau dan pantri.
Semua staf UTM CDex telah memberikan kerjasama dalam menjalankan aktiviti gotong royong tersebut bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan kondusif.
Related Articles
PEMENANG LACI TERBAIK EKSA 2026
Jawatankuasa Latihan EKSA Zon OrenPengerusi (Zon Oren)Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDexInisiatif Penyusunan Sistematik Pemangkin Kecekapan Kerja di UTM...
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA UTM CDEX: MEMPERKASA BUDAYA KERJA KONDUSIF DAN KELESTARIAN
Jawatankuasa Latihan EKSA Zon OrenKetua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDexEKSA UTM CDex (Zon Oren) telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Pusat...
KUIZ EKSA 2026
Jawatankuasa Latihan EKSA Zon OrenKetua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDexPada 11 Ogos 2026, Jawatankuasa Latihan EKSA UTM CDex Zon Oren telah menganjurkan...






