Pada 19 Mac 2023 (Ahad), Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan aktiviti gotong royong EKSA Zon Oren bagi Pejabat UTM CDex.
Gotong royong dalaman dijalankan di Pejabat Pentadbiran sahaja kerana Pejabat Multimedia masih dalam proses pengubahsuaian pejabat. Oleh itu, staf di ruang pejabat multimedia ditempatkan sementara di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Penempatan sementara tersebut juga dipastikan selari dengan kriteria ruang kerja EKSA UTM CDex.
Aktiviti gotong royong adalah merangkumi ruang kerja staf, kaunter, ruang menunggu, bilik mesyuarat, bilik stor alat tulis, surau dan pantri.
Semua staf UTM CDex telah memberikan kerjasama dalam menjalankan aktiviti gotong royong tersebut bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan kondusif.
Related Articles
Kursus Amanah Data dalam Kecerdasan Buatan Generatif: Mengukuhkan Integriti dan Kecekapan Akademik
Ketua Urusetia ProgramPenolong Pegawai Tadbir UTM CDex Webmaster UTM CDexPada 2 November 2026, seramai 59 orang yang terdiri daripada pelbagai bidang tugas seperti staf akademik, staf pentadbiran, dan staf sokongan yang berkhidmat di bawah Jabatan Timbalan Naib...
JASA DIKENANG, KEDATANGAN DIRAI: MAJLIS PERPISAHAN & SELAMAT DATANG WARGA UTM CDex
Setiausaha Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDexPengerusi Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDexWebmaster UTM CDexKelab KAPELLA Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan satu majlis penuh bermakna...
MAJLIS PERPISAHAN DAN SELAMAT DATANG STAF UTM CDex
Setiausaha Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDexPengerusi Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDexWebmaster UTM CDexKelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex telah menganjurkan Majlis Perpisahan dan Selamat Datang Staf pada 18...






