Program pendakian ke Gunung Arong pada 18-19 September 2024 adalah merupakan HIR PPP : Sinergi bagi tahun 2024. Program ini telah disertai oleh seramai 28 orang staf, 47 ahli keluarga, dan 5 orang pemandu pelancong. Gunung Arong, yang terletak di Tanjung Resang, Mersing. Gunung Arong merupakan gunung ketiga terendah di Johor dengan ketinggian sekitar 898 kaki (240 meter) dari aras laut.
Perjalanan peserta bermula seawal 5.30 pagi dengan berkumpul di Surau Jalan Abdullah dan berjalan secara berkumpulan ke Hutan Taman Negeri Gunung Arong, Mersing, Johor sejauh 3.6 km memberikan pengalaman baru serta menikmati suasana pagi yang hening serta di kiri kanan terdapat ladang kelapa sawit mengambil masa selama 30 minit. Kelengkapan seperti lampu kepala, lampu suluh, dan tongkat digunakan untuk menyuluh kegelapan sepanjang perjalanan.


Setibanya di kaki Hutan Taman Negara Gunung Arong, kami memulakan pendakian dengan membaca doa semoga dipermudahkan semasa pendakian. Kami telah berhenti di checkpoint pertama yang terdapat wakaf untuk menunaikan solat subuh secara bergilir-gilir dan meneruskan perjalanan selepas semua selesai menunaikan solat. Perjalanan pendakian ke puncak Gunung Arong mengambil masa satu jam dan kami telah tiba di puncak berkenaan lebih kurang jam 7.30 pagi. Di atas puncak Gunung Arong kami mengalas perut serta merehatkan diri sebelum meneruskan perjalanan. Pendakian ke puncak Gunung Arong tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan turun dari puncak gunung yang mengambil masa selama 3 jam perjalanan. Setibanya di kaki Gunung Arong kami perlu mengharungi muara serta menyusuri pantai untuk sampai ke tempat penginapan.






Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menawan puncak Gunung Arong! Kejayaan ini bukan sahaja mencabar daya tahan fizikal, tetapi juga menyemai semangat kerja berpasukan dan kecintaan terhadap alam semula jadi.
Related Articles
Kursus Pensijilan EKSA di UTM CDex
JK EKSA UTM CDexPengerusi Zon OrenWebmasterPada 13 Ogos 2025 , UTM CDex telah menganjurkan Kursus Pensijilan EKSA bertempat di Makmal Digital UTM CDex, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Peserta terdiri daripada staf UTM CDex dan wakil Jawatankuasa EKSA dari...
Kursus Pengurusan Kewangan Universiti
Pembantu TadbirPenolong PendaftarWebmasterPada 30 Julai 2025 (Rabu) yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pengurusan Kewangan Universiti bertempat di Dewan UTM CDex, UTM Johor Bahru. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah...
Lawatan Penandaarasan EKSA oleh PPPK ke UTM CDex
Ketua Zon OrenPengerusi Zon OrenWebmasterPada 18 Julai 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling (PPPK), UTM Johor Bahru sempena Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Lawatan ini bertujuan...