Kelab KAPPELA telah mengambil usaha dalam menjana kewangan bagi kelab melalui penubuhan Mini Mart KAPPELA. Inisiatif ini, yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi KAPPELA dan Ahli Jawatankuasa Penjanaan dan Promosi, bermula dengan modal permulaan yang kecil iaitu RM 100.
Namun, usaha gigih dan kreativiti dalam merancang dan menguruskan jualan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Mini Mart KAPPELA kini menawarkan lebih daripada 10 jenis makanan ringan serta pelbagai pilihan minuman dalam kotak dan tin.
Keberhasilan mini mart ini tidak terlepas daripada sokongan padu yang diberikan oleh staf UTM CDex. Pembelian yang konsisten dan sokongan mereka telah membantu meningkatkan hasil jualan serta memastikan kesinambungan operasi kelab. Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kewangan kepada KAPPELA,tetapi juga membantu dalam penganjuran aktiviti-aktiviti lain KAPPELA. Terimakasih untuk setiap sokongan dan pembelian.
Related Articles
Kursus Pengurusan Perolehan dan Sistem e-Perolehan UTM Secara dalam Talian
Urusetia ProgramWebmaster UTM CDexPada hari Selasa, 13 Mei 2026, UTM CDEX telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Perolehan dan Sistem e-Perolehan secara dalam talian. Kursus yang bertujuan memberi kefahaman tatacara perolehan ini dihadiri oleh 26 orang staf...
Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran...
AUDIT PEMATUHAN KEWANGAN (PPM) BIL 2 TAHUN 2025
Pembantu Tadbir (P/O)Penolong PendaftarWebmasterAudit Pematuhan Kewangan Bil 2 Tahun 2025 (yang dahulunya dikenali sebagai PPM) telah dilaksanakan secara fizikal pada 4 November 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Objektif utama pengauditan ini...






