JAMUAN HARI RAYA DAN BBQ KAPELLA UTM CDex 2022

Artikel oleh Priscilla Prapagara
Pengerusi KAPELLA 2022/2023

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Webmaster
Bagi meraikan kedatangan bulan Syawal, UTM CDex telah menganjurkan Jamuan Hari Raya dan BBQ UTM CDex 2022 pada 2 Jun 2022 bersamaan dengan 2 Zulkaedah 1443H. Majlis tersebut telah diadakan di Dataran UTM CDex bermula pada jam 12.00 tengahari sehingga jam 4.00 petang.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan Pengarah iaitu, Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah. Terdapat beberapa jemputan khas iaitu Prof. Madya Dr. Noor Hazarina binti Hashim dari Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Prof. Madya Dr. Mohd Ariffin bin Abu Hassan dari UTM International, Prof. Madya Dr. Mohd Pauzi bin Abdullah dari Sekolah Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan, Encik Mohd Zaires bin Md Daris dari Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) dan beberapa jemputan lain telah diundang ke majlis berkenaan.

Para tetamu yang hadir pada jamuan tersebut disajikan dengan pelbagai juadah seperti Ketupat dan Ayam Masak Merah, Nasi Serai, Lontong, kuih muih and BBQ kambing bakar yang telah ditaja khas oleh Pengarah Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex). Semasa jamuan berlangsung turut diadakan pertandingan menganyam ketupat dan mengira berat kuih dalam balang yang telah dimenangi oleh Encik Mohd Arshad bin Musa bagi kedua-dua pertandingan tersebut. Hadiah harijadi kepada ahli kelab bagi bulan Januari hingga Jun 2022 turut disampaikan oleh Pengarah.
Jamuan ini disambut dengan meriah dan secara tidak langsung dapat merapatkan silaturrahim dan ukhuwah antara staf-staf yang terlibat.

Related Articles
Kursus Pensijilan EKSA di UTM CDex
JK EKSA UTM CDexPengerusi Zon OrenWebmasterPada 13 Ogos 2025 , UTM CDex telah menganjurkan Kursus Pensijilan EKSA bertempat di Makmal Digital UTM CDex, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Peserta terdiri daripada staf UTM CDex dan wakil Jawatankuasa EKSA dari...
Kursus Pengurusan Kewangan Universiti
Pembantu TadbirPenolong PendaftarWebmasterPada 30 Julai 2025 (Rabu) yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pengurusan Kewangan Universiti bertempat di Dewan UTM CDex, UTM Johor Bahru. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah...
Lawatan Penandaarasan EKSA oleh PPPK ke UTM CDex
Ketua Zon OrenPengerusi Zon OrenWebmasterPada 18 Julai 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling (PPPK), UTM Johor Bahru sempena Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Lawatan ini bertujuan...