JASA DIKENANG, KEDATANGAN DIRAI: MAJLIS PERPISAHAN & SELAMAT DATANG WARGA UTM CDex

Artikel oleh Puan Mariyana binti Zainal
Setiausaha
Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Disunting oleh Puan Balqis binti Hashim
Pengerusi
Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri
Webmaster UTM CDex
Kelab KAPELLA Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan satu majlis penuh bermakna bagi meraikan perpisahan staf lama serta mengalu-alukan kehadiran warga baharu pada 3 November 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat, UTM CDex.
Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi ini diadakan khusus bagi menghargai jasa dan pengorbanan Encik Halimi bin Ismail, Pembantu Khidmat Am (Operasi) (H1), yang telah bertukar ke Jabatan Perpustakaan UTM, UTM Johor Bahru berkuat kuasa pada 15 Oktober 2026 lalu.
Untuk rekod, Encik Halimi telah mencurahkan khidmat bakti selama 15 tahun bersama keluarga besar pusat ini — bermula sejak era Center for Teaching and Learning (CTL), UTMLead, sehinggalah penjenamaan kini sebagai UTM CDex. Seluruh warga UTM CDex merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terperi atas komitmen, dedikasi, serta kerjasama cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Pada masa yang sama, majlis ini turut diserikan dengan sesi ramah mesra mengalu-alukan kehadiran Encik Azmi bin Markom selaku Pembantu Khidmat Am (Operasi) yang baharu bagi menggantikan tempat Encik Halimi.
🌸🌺 “Yang pergi tetap dikenang, yang datang disambut, yang bersama sentiasa dihargai.” 🌺🌸
Suasana majlis berlangsung dalam keadaan penuh harmoni dan kekeluargaan dengan jamuan potluck yang disumbangkan sendiri oleh para staf UTM CDex, sekali gus mengeratkan lagi ikatan ukhuwah sesama warga kerja.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Halimi bin Ismail di tempat bertugas yang baharu, dan selamat datang diucapkan kepada Encik Azmi bin Markom ke keluarga UTM CDex!
Related Articles
SUMBANGAN KEPADA AHLI KAPELLA SEMPENA MENYAMBUT AIDILFITRI
Setiausaha Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDexPengerusi Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDexWebmaster UTM CDexKelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex telah mengadakan penyampaian sumbangan kepada ahli KAPELLA sempena...
MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA PERSEDIAAN MENYAMBUT BULAN RAMADAN
Setiausaha Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDexPengerusi Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDexWebmaster UTM CDexKelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin pada 6 Februari 2026 (Jumaat),...
Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran...





