Lawatan Audit Taskforce Excellence Academic Services UTM

Artikel oleh Puan Jaslina Ja'apar
Pembantu Tadbir Kanan

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah Ismail
Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Jawatankuasa Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah mengadakan Lawatan Audit Taskforce Excellence Academic Services UTM pada 21, 24, dan 25 Mac 2024 yang melibatkan seluruh Fakulti di UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur. Lawatan ini juga turut melibatkan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), JTNCAA.
Task Force ini diwujudkan bagi meninjau dan melawat keadaan serta perkhidmatan kaunter yang terdapat di semua fakulti dan PTJ di Jabatan TNC (A&A) UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Ahli kumpulan audit ini dibahagikan kepada 5 kumpulan dan merupakan salah satu inisiatif JTNCAA bagi menambah baik perkhidmatan kaunter yang terdapat di setiap fakulti pada masa hadapan.
Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) juga terlibat dalam lawatan audit berkenaan. Seramai empat orang auditor yang diketuai oleh Encik Masnawi bin Miskam, Timbalan Pendaftar Kanan telah hadir bagi mendapatkan beberapa maklumat berhubung pelaksanaan perkhidmatan kaunter di UTM CDex. Sesi audit telah berjalan dengan lancar dan mendapat komitmen dan sokongan daripada seluruh warga UTM CDex.
Related Articles
Program Pemeriksaan Mengejut Bil 1/2024
Pembantu Tadbir, UTM CDexPenolong Pendaftar, UTM CDexWebmaster UTM CDex Program Pemeriksaan Mengejut (PPM) Bil 1/2024 dari Jabatan Bendahari telah berjaya diadakan pada 12 Mei 2024 di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Program ini merupakan salah satu langkah penting dalam...
Selamat Hari Lahir Staf UTM CDex
Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexMeluangkan masa dan meraikan sambutan hari kelahiran atau hari jadi kepada staf merupakan satu penghargaan dan penghormatan. Menjadi salah satu aktiviti tahunan yang dirancang oleh Kelab Keluarga...
Majlis Khatam Al-Quran AI SQUAD 2024
Pengerusi KAPELLAWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 1 April 2024 bersamaan 21 Ramadhan 1445 H, Kelab Keluarga JTNCAA (AI SQUAD) dengan kerjasama Kelab Keluarga UTM CDex (KAPELLA) telah menganjurkan satu Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan bulan Ramadan dimana...


