Pada 6 April 2023, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Hijau, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) TNC (A&A) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex), selaras dengan inisiatif Aktiviti Kesedaran Amalan EKSA yang telah dirancang bagi tahun 2023.
Pemilihan Pejabat UTM CDex sebagai lokasi lawatan penanda aras ini adalah sebagai lawatan balas yang telah dijalankan pada 17 November 2022 dimana UTM CDex bersama-sama Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah mengadakan lawatan ke Pejabat TNC (A&A) terlebih dahulu.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat perlaksanaan EKSA di JTNCAA dalam usaha menambahbaik perlaksanaan dan amalan EKSA di UTM CDex. Seramai 6 orang warga kerja Pejabat TNC (A&A) yang merangkap sebagai Ahli Jawatankuasa EKSA telah menyertai lawatan kerja ini. Antara perkongsian yang dijalankan adalah inisiatif dan aktiviti yang dilaksanakan di UTM CDex antaranya adalah Anugerah Ruang Kerja Terbaik bermula dari bulan Julai 2022 dan juga keseragaman tulang fail, label, carta pergerakan dan lain-lain.
Jawatankuasa EKSA Zon Oren, UTM CDex mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas kesudian Pejabat TNC (A&A) memilih UTM CDex sebagai lokasi lawatan.
Related Articles
Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran...
AUDIT PEMATUHAN KEWANGAN (PPM) BIL 2 TAHUN 2025
Pembantu Tadbir (P/O)Penolong PendaftarWebmasterAudit Pematuhan Kewangan Bil 2 Tahun 2025 (yang dahulunya dikenali sebagai PPM) telah dilaksanakan secara fizikal pada 4 November 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Objektif utama pengauditan ini...
Lawatan Penanda Aras EKSA
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 29 Oktober 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Residen, Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan...






