LAWATAN PENANDA ARAS EKSA UTM CDEX: MEMPERKASA BUDAYA KERJA KONDUSIF DAN KELESTARIAN

Artikel oleh Nizam Ahmad
Jawatankuasa Latihan EKSA Zon Oren

bersama Puan Mariyana Zainal
Ketua Zon Oren
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Disunting oleh En. Harith Fadzillah Rasid
Pengerusi Zon Oren
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz
Webmaster UTM CDex
EKSA UTM CDex (Zon Oren) telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling (PPPK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru pada 29 Julai 2026 sebagai salah satu inisiatif memperkukuh pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) serta memperkasakan budaya kerja berkualiti dan kelestarian dalam organisasi.
Lawatan ini melibatkan semua Ahli Jawatankuasa (AJK) EKSA, wakil daripada AJK Pelestarian dan AJK OSHE UTM CDex serta wakil EKSA daripada setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UTM.
Delegasi lawatan telah menerima sambutan yang amat baik dan mesra daripada pihak PPPK. Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang meninjau secara dekat pelaksanaan EKSA serta mendapatkan pendedahan mengenai pendekatan pengurusan ruang kerja yang sistematik, kemas, bersih dan kondusif. Delegasi turut menzahirkan penghargaan dan pujian terhadap komitmen pihak PPPK dalam memastikan amalan EKSA dilaksanakan dengan baik, khususnya dari aspek susun atur ruang, kebersihan, kekemasan dan pemeliharaan persekitaran kerja.
Perkongsian ilmu dan pengalaman yang diperoleh menerusi lawatan ini diharap dapat dijadikan sumber inspirasi serta panduan dalam mengenal pasti peluang penambahbaikan pelaksanaan EKSA di UTM CDex. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama, menggalakkan perkongsian amalan terbaik dan meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan kelestarian di tempat kerja.
Program merupakan inisiatif JK Latihan, En. Mohamad Nizam bin Ahmad, bersama barisan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Pn. Mariyana binti Zainal, Pn. Noraini binti Khalid, Pn. Noor Yusnaini binti Yusof dan En. Raja Muhammad Fariz bin Raja Rohaizat Shah.
Related Articles
RESEARCH-LED TEACHNG: ENGAGING A DYNAMIC LEARNING ENVIRONMENT OF EXCELLENCE
UTM CDexUTM CDexWebmasterPusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) anjuran bersama Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD) telah menganjurkan kursus Research-Led Teaching: Engaging A Dynamic Learning Environment of Excellence pada 3 dan 4...
PROGRAM JOM SENAMROBIK DAN PLOGGING LESTARI 2025
Pembantu Tadbir (P/O) Penolong Pendaftar Webmaster Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2025, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah Berjaya menganjurkan Program Jom Senamrobik & Plogging Lestari pada 26 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di...
Kursus Pensijilan EKSA di UTM CDex
JK EKSA UTM CDexPengerusi Zon OrenWebmasterPada 13 Ogos 2025 , UTM CDex telah menganjurkan Kursus Pensijilan EKSA bertempat di Makmal Digital UTM CDex, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Peserta terdiri daripada staf UTM CDex dan wakil Jawatankuasa EKSA dari...












