MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA PERSEDIAAN MENYAMBUT BULAN RAMADAN

Artikel oleh Puan Mariyana binti Zainal

Setiausaha

Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Disunting oleh Puan Balqis binti Hashim

Pengerusi

Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri

Webmaster UTM CDex

Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin pada 6 Februari 2026 (Jumaat), jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex.

Majlis bacaan Yasin tersebut telah dipimpin oleh En. Mohd Harith Fadzillah bin Rasid dan disertai oleh warga kerja UTM CDex dalam suasana yang penuh khusyuk dan harmoni.

Penganjuran majlis ini merupakan salah satu inisiatif Kelab KAPELLA dalam menyemarakkan penghayatan nilai-nilai kerohanian serta memupuk budaya mengimarahkan majlis ilmu dan ibadah dalam kalangan warga UTM CDex. Majlis ini turut diadakan sebagai salah satu usaha untuk mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Selain menjadi ruang untuk bersama-sama membaca Surah Yasin dan memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT, majlis ini turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuh ukhuwah sesama warga kerja.

Semoga penganjuran majlis seumpama ini mendapat keberkatan dan menjadi amalan berterusan dalam membentuk warga kerja UTM CDex yang harmoni, bersatu hati serta sentiasa menghayati nilai-nilai kerohanian dalam kehidupan seharian.

Related Articles

Related
KURSUS 1 JAM 1 POSTER

KURSUS 1 JAM 1 POSTER

Jawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menganjurkan Kursus 1 Jam 1 Poster dibawah Inisiatif staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) bagi tahun 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang telah dirancang di...

read more
UTM Open Day