Majlis Iftar Ramadhan UTM CDex anjuran Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah diadakan pada 18 April 2023 (Selasa) di DCM Hall Taman Universiti, Skudai, Johor. Staf bersama ahli keluarga mula hadir berkumpul dari jam 6.00 petang sehingga majlis berakhir sekitar jam 9.00 malam.

Kelab KAPELLA berbesar hati menaja seramai 19 orang staf dan dan 21 ahli keluarga yang hadir memeriahkan Majlis Iftar Ramadhan UTM CDex. Ia merupakan sebahagian aktiviti sebagai landasan untuk saling kenal-mengenal dan mengeratkan silaturrahim di kalangan staf dan ahli keluarga UTM CDex.

Para tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai menu masakan Melayu seperti Nasi Beryani, Ikan Bakar, Nasi Lemak, Laksa Johor, Soto, Murtabak, ulam-ulaman, buah-buahan dan pelbagai jenis kuih-muih.

Prof Madya Ir. Dr. Hayati bin Abdullah, Pengarah UTM CDex turut beramah mesra bersama semua staf dan ahli keluarga yang turut hadir bagi Majlis tersebut.

Majlis diserikan lagi dengan telatah pengacara yang menghiburkan dan mesra terutamanya, ketika sesi bergambar sebagai penutup aktiviti Majlis Iftar Ramadhan UTM CDex 2023.

Related Articles
Program Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai
Ahli Jawatankuasa ProgramPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexProgram Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai telah berjaya dilaksanakan pada 10 Ogos 2023 (Khamis) bertempat di Dewan UTM CDex, Bangunan Pusat Siswazah (F54), UTM JB. Minyak masak adalah bahan...
Program Jumud, Beku, Lupus (JBL)
UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexBengkel JBL ini telah dijalankan dalam beberapa siri dan dihadiri oleh wakil dari Jabatan AMD, SRAdS, UTM iLeaGue, QRiM dan UTM CC. Bengkel siri ke-2 telah dijalankan pada 19 September 2022 di Hotel Pulai Spring johor...
Majlis Sesi Clock Out Persaraan Pengarah UTM CDex
UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexSelepas itu sesi penyerahan hadiah oleh Pn. Nurul Nazihah Ismail mewakili warga UTM CDex dan diikuti oleh Pengerusi Kelab KAPELLA, Priscilla Prapagara. Turut dijalankan adalah aktivit penyerahan hadiah individu oleh...