MAJLIS PERPISAHAN DAN SELAMAT DATANG STAF UTM CDex

Artikel oleh Puan Mariyana binti Zainal
Setiausaha
Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Disunting oleh Puan Balqis binti Hashim
Pengerusi
Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri
Webmaster UTM CDex
Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex telah menganjurkan Majlis Perpisahan dan Selamat Datang Staf pada 18 September 2026 (Jumaat), jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex.
Majlis ini diadakan bagi meraikan Prof. Madya Ts. Dr. Azizul Azri bin Mustaffa yang telah menamatkan tempoh pelantikan sebagai Ketua Bahagian Inovasi Pembelajaran pada 31 Julai 2026. Majlis turut diadakan bagi mengalu-alukan pelantikan dua orang Ketua Bahagian yang baharu, iaitu:
- Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Anuar bin Abu Bakar sebagai Ketua Bahagian Teaching Factory, berkuat kuasa 1 Ogos 2026.
- Prof. Madya Dr. Noorminshah binti A.Iahad sebagai Ketua Bahagian Inovasi Pembelajaran, berkuat kuasa 1 Ogos 2026.
Penganjuran majlis ini merupakan tanda penghargaan dan apresiasi warga UTM CDex terhadap sumbangan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh staf yang diraikan. Dalam masa yang sama, majlis ini menjadi platform untuk menyambut kehadiran kepimpinan baharu serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga UTM CDex.
Suasana majlis yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh kemesraan turut diserikan dengan sumbangan juadah secara potluck daripada warga kerja UTM CDex, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan, ukhuwah dan kekeluargaan.
Semoga segala kenangan dan jalinan persahabatan yang terjalin terus kekal, manakala pelantikan baharu ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan kemajuan UTM CDex pada masa hadapan.
“Walaupun tugas dan tanggungjawab berubah, ukhuwah dan kenangan bersama tetap terpahat dalam ingatan.”
Related Articles
GUNUNG ARONG: PENGEMBARAAN DI PUNCAK DUNIA
AJK ProgramAJK ProgramPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexProgram pendakian ke Gunung Arong pada 18-19 September 2024 adalah merupakan HIR PPP : Sinergi bagi tahun 2024. Program ini telah disertai oleh seramai 28 orang staf, 47 ahli keluarga, dan 5...
KLINIK PENGEMASKINIAN DATA PERIBADI DAN PERKHIDMATAN DI HRMIS
Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 29 Julai 2024 staf Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah menghadiri Klinik Pengemaskinian Data Peribadi dan Perkhidmatan Di Sistem HRMIS bertempat di...
PERTANDINGAN LACI TERBAIK 2024
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexTahniah diucapkan kepada Puan Nurliza binti Abd. Rahman yang telah memperoleh markah tertinggi dan dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Laci...





