MAJLIS TAUTAN UKHUWAH UTM CDex 2023

Artikel oleh Priscilla Prapagara

Urusetia

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid

Penolong Pendaftar Kanan

Diterbitkan oleh Zul Azri

Webmaster UTM CDex

Pada 28 Mei 2023 (Ahad), sempena sambutan Majlis Hari Raya 2023, Kelab KAPELLA Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Majlis Tautan Ukhuwah di ruang pejabat utama UTM CDex. Semua staf UTM CDex telah menghadiri majlis ini.

Dengan adanya majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara staf pengurusan dan staf sokongan. Majlis bermula jam 12.30 tengahari dan telah di acarakan oleh En. Muhammad Isyq Irfan dan diikuti dengan bacaan doa oleh En Mohd Reduan. Pengarah UTM CDex selaku penaung Kelab KAPELLA telah dijemput untuk memberi ucapan sebelum majlis bermula.

Beberapa staf di kalangan pengurusan dan sokongan telah menaja makanan seperti satay ayam, ketupat palas, aiskrim, buah-buahan dan kuih-muih. Sambil berjuadah, majlis dimeriahkan lagi dengan permainan seperti meneka lagu dan menyusun ayat dan staf yang berjaya meneka telah menerima duit raya setiap seorang tajaan daripada Kelab KAPELLA. Permainan ini telah diuruskan oleh En. Mohd Arshad.

Pada jam 1.00 tengahari bengkel ditangguhkan dan akan disambung semula dalam masa yang terdekat. Peserta bengkel perlu membuat beberapa persediaan dari bengkel pertama ini dan dikongsikan dahulu melalui Group Whatsapp Telehealth/Neuroscience sebelum bengkel kedua yang akan diadakan jangkaan pada bulan Julai.

Related Articles

Related
Audit Ruang Kerja Terbaik ZON OREN (Mei-Ogos 2023)

Audit Ruang Kerja Terbaik ZON OREN (Mei-Ogos 2023)

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA UTM CDex)Pengerusi EKSA Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA UTM CDex)Unit Promosi EKSA Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA UTM CDex) & Webmaster UTM...

read more
Program Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

Program Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

Ahli Jawatankuasa ProgramPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexProgram Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai telah berjaya dilaksanakan pada 10 Ogos 2023 (Khamis) bertempat di Dewan UTM CDex, Bangunan Pusat Siswazah (F54), UTM JB. Minyak masak adalah bahan...

read more
EXPLORACE MERDEKA 2023 UTM CDex

EXPLORACE MERDEKA 2023 UTM CDex

Jawatankuasa ProgramPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDex CHECK POINT LOKASI NAMA PERMAINAN 1 LATA JERNIH WATERJET (20 minit) -Peserta mengambil air dari sungai dan mengisi ke dalam botol yang disediakan sehingga penuh menggunakan tangan sebelah kiri sahaja...

read more