PEMENANG LACI TERBAIK EKSA 2026

Artikel oleh Nizam Ahmad

Jawatankuasa Latihan EKSA Zon Oren

bersama Puan Mariyana Zainal

Pengerusi (Zon Oren)
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Disunting oleh En. Harith Fadzillah Rasid

Pengerusi Zon Oren
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster UTM CDex

Inisiatif Penyusunan Sistematik Pemangkin Kecekapan Kerja di UTM CDex

Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Pertandingan Laci Terbaik 2026 pada bulan November 2026. Pertandingan ini bertujuan menyokong dan membudayakan amalan EKSA, di samping menambah baik proses kerja hakiki staf melalui penyusunan peralatan kerja yang lebih sistematik. Susun atur yang efisien ini secara langsung dapat menjimatkan masa pencarian peralatan serta mempercepatkan penyampaian perkhidmatan.

Inisiatif ini merupakan dimensi penilaian baharu yang melengkapi audit ruang kerja staf dwibulanan sedia ada. Sesi penilaian telah dikendalikan oleh empat orang panel juri daripada kalangan Ahli Jawatankuasa EKSA. Selain menilai, barisan juri turut berkongsi idea, pandangan, dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan penghayatan prinsip EKSA terus diperkasakan di setiap sudut Zon Oren, UTM CDex.

Kriteria Penilaian Laci Terbaik

Penilaian dilaksanakan berdasarkan lima (5) kriteria utama berikut: 

  1. Kreativiti dan Kefungsian: Laci yang direka bentuk secara kreatif, inovatif, serta berfungsi dengan optimum.
  2. Sokongan Terhadap Kerja Hakiki: Susun atur peralatan kerja yang sistematik bagi meminimumkan masa pelaksanaan tugas dan penyampaian perkhidmatan.
  3. Sistem Pelabelan: Penggunaan label yang jelas dan seragam pada ruang atau bekas simpanan alat tulis.
  4. Kualiti dan Kebolehgunaan: Semua peralatan berada dalam keadaan baik, selamat, dan sedia untuk digunakan.
  5. Kebersihan dan Kekemasan: Ruang dalaman laci serta peralatan bebas daripada habuk, bersih, dan tersusun rapi.

 

Pengiktirafan Juara 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Nurliza binti Abd. Rahman atas kejayaan memperoleh markah tertinggi, sekali gus dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Laci Terbaik EKSA 2026. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga UTM CDex untuk terus mengamalkan budaya kerja yang teratur dan berproduktiviti tinggi.

“Budaya kerja cemerlang bermula dari ruang kerja yang bersih dan tersusun. EKSA, tanggungjawab kita bersama!”

Related Articles

Related
Riang Ria Raya UTM CDex

Riang Ria Raya UTM CDex

Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexBersempena Hari Raya Aidilfitri 2024, Kelab Keluarga Kapella telah menganjurkan Majlis Riang Ria Raya UTM CDex pada 30 April 2024. Majlis yang dijalankan bermula jam 2 petang ini berkonsepkan...

read more
Program Pemeriksaan Mengejut Bil 1/2024

Program Pemeriksaan Mengejut Bil 1/2024

Pembantu Tadbir, UTM CDexPenolong Pendaftar, UTM CDexWebmaster UTM CDex Program Pemeriksaan Mengejut (PPM) Bil 1/2024 dari Jabatan Bendahari telah berjaya diadakan pada 12 Mei 2024 di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Program ini merupakan salah satu langkah penting dalam...

read more
Selamat Hari Lahir Staf UTM CDex

Selamat Hari Lahir Staf UTM CDex

Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexMeluangkan masa dan meraikan sambutan hari kelahiran atau hari jadi kepada staf merupakan satu penghargaan dan penghormatan. Menjadi salah satu aktiviti tahunan yang dirancang oleh Kelab Keluarga...

read more
UTM Open Day