PEMENANG LACI TERBAIK EKSA 2026

Artikel oleh Nizam Ahmad
Jawatankuasa Latihan EKSA Zon Oren

bersama Puan Mariyana Zainal
Pengerusi (Zon Oren)
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Disunting oleh En. Harith Fadzillah Rasid
Pengerusi Zon Oren
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz
Webmaster UTM CDex
Inisiatif Penyusunan Sistematik Pemangkin Kecekapan Kerja di UTM CDex
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Pertandingan Laci Terbaik 2026 pada bulan November 2026. Pertandingan ini bertujuan menyokong dan membudayakan amalan EKSA, di samping menambah baik proses kerja hakiki staf melalui penyusunan peralatan kerja yang lebih sistematik. Susun atur yang efisien ini secara langsung dapat menjimatkan masa pencarian peralatan serta mempercepatkan penyampaian perkhidmatan.
Inisiatif ini merupakan dimensi penilaian baharu yang melengkapi audit ruang kerja staf dwibulanan sedia ada. Sesi penilaian telah dikendalikan oleh empat orang panel juri daripada kalangan Ahli Jawatankuasa EKSA. Selain menilai, barisan juri turut berkongsi idea, pandangan, dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan penghayatan prinsip EKSA terus diperkasakan di setiap sudut Zon Oren, UTM CDex.
Kriteria Penilaian Laci Terbaik
Penilaian dilaksanakan berdasarkan lima (5) kriteria utama berikut:
- Kreativiti dan Kefungsian: Laci yang direka bentuk secara kreatif, inovatif, serta berfungsi dengan optimum.
- Sokongan Terhadap Kerja Hakiki: Susun atur peralatan kerja yang sistematik bagi meminimumkan masa pelaksanaan tugas dan penyampaian perkhidmatan.
- Sistem Pelabelan: Penggunaan label yang jelas dan seragam pada ruang atau bekas simpanan alat tulis.
- Kualiti dan Kebolehgunaan: Semua peralatan berada dalam keadaan baik, selamat, dan sedia untuk digunakan.
- Kebersihan dan Kekemasan: Ruang dalaman laci serta peralatan bebas daripada habuk, bersih, dan tersusun rapi.
Pengiktirafan Juara
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Nurliza binti Abd. Rahman atas kejayaan memperoleh markah tertinggi, sekali gus dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Laci Terbaik EKSA 2026. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga UTM CDex untuk terus mengamalkan budaya kerja yang teratur dan berproduktiviti tinggi.
“Budaya kerja cemerlang bermula dari ruang kerja yang bersih dan tersusun. EKSA, tanggungjawab kita bersama!”
Related Articles
Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran...
AUDIT PEMATUHAN KEWANGAN (PPM) BIL 2 TAHUN 2025
Pembantu Tadbir (P/O)Penolong PendaftarWebmasterAudit Pematuhan Kewangan Bil 2 Tahun 2025 (yang dahulunya dikenali sebagai PPM) telah dilaksanakan secara fizikal pada 4 November 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Objektif utama pengauditan ini...
Lawatan Penanda Aras EKSA
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 29 Oktober 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Residen, Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan...







