Tahniah diucapkan kepada Puan Nurliza binti Abd. Rahman yang telah memperoleh markah tertinggi dan dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Laci Terbaik Tahun 2024.
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Pertandingan Laci Terbaik 2024 pada bulan November 2024. Pertandingan ini bertujuan untuk menyokong dan memupuk amalan EKSA, di samping meningkatkan penambahbaikan proses kerja hakiki staf, terutamanya dalam aspek penyusunan peralatan kerja yang lebih sistematik. Penyusunan ini diharapkan dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas atau memberikan perkhidmatan.
Inisiatif ini juga bertindak sebagai satu bentuk penilaian baharu, di samping audit ruang kerja staf yang dijalankan setiap dua bulan sekali. Penilaian bagi pertandingan ini telah dilakukan oleh empat orang juri yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa EKSA. Para juri sentiasa memberikan idea, pandangan, dan cadangan penambahbaikan untuk terus memperkasakan amalan EKSA di setiap sudut atau ruang di Zon Oren UTM CDex.
Kriteria Penilaian dan Pemarkahan:
1.Laci yang kreatif, inovatif, dan berfungsi dengan baik.
2.Laci yang menyokong kerja hakiki staf, contohnya:
- Penyusunan peralatan kerja secara sistematik.
- Penyusunan yang mampu mengurangkan masa melaksanakan tugas atau perkhidmatan.
- Pelabelan alat tulis pada laci simpanan alat tulis.
- Semua peralatan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
- Semua peralatan bebas daripada habuk, bersih, dan kemas.
Related Articles
Program Pemeriksaan Mengejut Bil 1/2024
Pembantu Tadbir, UTM CDexPenolong Pendaftar, UTM CDexWebmaster UTM CDex Program Pemeriksaan Mengejut (PPM) Bil 1/2024 dari Jabatan Bendahari telah berjaya diadakan pada 12 Mei 2024 di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Program ini merupakan salah satu langkah penting dalam...
Selamat Hari Lahir Staf UTM CDex
Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexMeluangkan masa dan meraikan sambutan hari kelahiran atau hari jadi kepada staf merupakan satu penghargaan dan penghormatan. Menjadi salah satu aktiviti tahunan yang dirancang oleh Kelab Keluarga...
Majlis Khatam Al-Quran AI SQUAD 2024
Pengerusi KAPELLAWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 1 April 2024 bersamaan 21 Ramadhan 1445 H, Kelab Keluarga JTNCAA (AI SQUAD) dengan kerjasama Kelab Keluarga UTM CDex (KAPELLA) telah menganjurkan satu Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan bulan Ramadan dimana...





