SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT JTNCAA

Artikel oleh Nizam Ahmad

Penerbit Rancangan

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid

Penolong Pendaftar Kanan

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster UTM CDex

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023, peringkat Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik &n Antarabangsa) (JTNCAA) telah berlangsung di Bangunan Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru. Majlis telah berlangsung pada 7 Mei 2023 (Ahad) bermula jam 11.00 pagi dan berakhir sekitar 1.00 tengah hari.

Kemeriahan Syawal yang dirai pada kali ini diserikan lagi dengan pelbagai pertandingan yang dianjurkan bagi mengisi perjalanan majlis seperti Pertandingan Anyam Ketupat, Pertandingan Makanan Raya dan Pertandingan Teka Lagu Raya. Pelbagai gerai makanan tradisional yang menghidangkan lauk Aidilfitri juga disediakan oleh warga kerja setiap bahagian di bawah JTNCAA. UTM Center for Advancement in Digital and Flexible Learning (UTM CDex) menyajikan kuih traditional iaitu kuih tepung pelita dan kuih seri muka sebagai menu untuk tetamu yang hadir.

UTM CDex buat julung kalinya telah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori gerai tercantik untuk sambutan hari raya tahun ini dengan menyediakan hiasan gerai bertemakan lestari. Hiasan gerai yang menggunakan sepenuhnya bahan buangan kertas kotak ini dinamakan sebagai gerai LestaRaya @ UTM CDex. Kemenangan juga berpihak kepada UTM CDex untuk Pertandingan Pakaian Terbaik dimana Encik Mohamad Nizam bin Ahmad dan Puan Nurliza Abd Rahman telah dinobatkan sebagai King & Queen of The Day. 

Related Articles

Related
AUDIT DAN PERTANDINGAN ZON TERBAIK

AUDIT DAN PERTANDINGAN ZON TERBAIK

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexUTM CDex telah mengadakan Pertandingan Zon Terbaik EKSA 2024 peringkat UTM CDex pada 15 Disember 2024. Seramai tiga orang juruaudit luar telah...

read more
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada  7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS,...

read more
UTM Open Day