SUMBANGAN KEPADA AHLI KAPELLA SEMPENA MENYAMBUT AIDILFITRI

Artikel oleh Puan Mariyana binti Zainal
Setiausaha
Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Disunting oleh Puan Balqis binti Hashim
Pengerusi
Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri
Webmaster UTM CDex
Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex telah mengadakan penyampaian sumbangan kepada ahli KAPELLA sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 3 Mac 2026 bertempat di Ruang Tamu UTM CDex.
Sumbangan berupa minuman kordial Sunquick ini merupakan tanda penghargaan dan apresiasi Kelab KAPELLA kepada seluruh ahli atas komitmen, sokongan serta penglibatan aktif dalam menjayakan pelbagai aktiviti kelab. Penghargaan turut diberikan atas sokongan ahli dalam memenuhi tanggungjawab keahlian melalui pembayaran yuran tahunan.
Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan suasana menjelang sambutan Aidilfitri, malah diharapkan dapat menjadi buah tangan untuk dinikmati bersama keluarga dalam meraikan hari kemenangan yang penuh bermakna.
Kelab KAPELLA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli atas sokongan serta kerjasama yang diberikan. Semoga semangat kebersamaan, keakraban dan ukhuwah dalam kalangan warga UTM CDex terus terpelihara dan diperkukuh dari semasa ke semasa.
Related Articles
Explore Race Merdeka 2024
Jawatankuasa Program Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka) Juru Audit KAPELLAWebmaster UTM CDex Pengerusi KAPELLAPada 29 Ogos 2024, Biro Sukan KAPPELA telah menganjurkan acara Explore Race Merdeka yang penuh bersemangat di Hutan Rekreasi Universiti Teknologi...
Majlis Makan Malam Program UTM Global Connect 2024
SekretariatPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDex2 Oktober 2024 , Majlis Makan Malam Program Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Global Connect 2024 bertempat di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru. Objektif utama majlis...
GUNUNG ARONG: PENGEMBARAAN DI PUNCAK DUNIA
AJK ProgramAJK ProgramPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexProgram pendakian ke Gunung Arong pada 18-19 September 2024 adalah merupakan HIR PPP : Sinergi bagi tahun 2024. Program ini telah disertai oleh seramai 28 orang staf, 47 ahli keluarga, dan 5...





