SUMBANGAN KEPADA AHLI KAPELLA SEMPENA MENYAMBUT AIDILFITRI

Artikel oleh Puan Mariyana binti Zainal

Setiausaha

Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Disunting oleh Puan Balqis binti Hashim

Pengerusi

Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri

Webmaster UTM CDex

Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex telah mengadakan penyampaian sumbangan kepada ahli KAPELLA sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 3 Mac 2026 bertempat di Ruang Tamu UTM CDex.

Sumbangan berupa minuman kordial Sunquick ini merupakan tanda penghargaan dan apresiasi Kelab KAPELLA kepada seluruh ahli atas komitmen, sokongan serta penglibatan aktif dalam menjayakan pelbagai aktiviti kelab. Penghargaan turut diberikan atas sokongan ahli dalam memenuhi tanggungjawab keahlian melalui pembayaran yuran tahunan.

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan suasana menjelang sambutan Aidilfitri, malah diharapkan dapat menjadi buah tangan untuk dinikmati bersama keluarga dalam meraikan hari kemenangan yang penuh bermakna.

Kelab KAPELLA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli atas sokongan serta kerjasama yang diberikan. Semoga semangat kebersamaan, keakraban dan ukhuwah dalam kalangan warga UTM CDex terus terpelihara dan diperkukuh dari semasa ke semasa.

Related Articles

Related
Ikon EKSA 2023 Zon Oren

Ikon EKSA 2023 Zon Oren

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Webmaster UTM CDex Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel...

read more
Terima Kasih Puan Nuril Aini

Terima Kasih Puan Nuril Aini

JK EKSA (Zon Oren) Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Webmaster UTM CDex Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dan Jawatankuasa Pelestarian UTM CDex...

read more
Majlis Grand Magnificent Award UTM CDex 2024

Majlis Grand Magnificent Award UTM CDex 2024

SetiausahaMajlis Grand Magnificent Award UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Majlis Grand Magnificent Award bagi tahun 2024 telah dianjurkan oleh Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) pada 6 Mac 2024 yang bertemakan Color Block. ...

read more
UTM Open Day