SUMBANGAN KEPADA AHLI KAPELLA SEMPENA MENYAMBUT AIDILFITRI

Artikel oleh Puan Mariyana binti Zainal

Setiausaha

Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Disunting oleh Puan Balqis binti Hashim

Pengerusi

Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri

Webmaster UTM CDex

Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex telah mengadakan penyampaian sumbangan kepada ahli KAPELLA sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 3 Mac 2026 bertempat di Ruang Tamu UTM CDex.

Sumbangan berupa minuman kordial Sunquick ini merupakan tanda penghargaan dan apresiasi Kelab KAPELLA kepada seluruh ahli atas komitmen, sokongan serta penglibatan aktif dalam menjayakan pelbagai aktiviti kelab. Penghargaan turut diberikan atas sokongan ahli dalam memenuhi tanggungjawab keahlian melalui pembayaran yuran tahunan.

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan suasana menjelang sambutan Aidilfitri, malah diharapkan dapat menjadi buah tangan untuk dinikmati bersama keluarga dalam meraikan hari kemenangan yang penuh bermakna.

Kelab KAPELLA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli atas sokongan serta kerjasama yang diberikan. Semoga semangat kebersamaan, keakraban dan ukhuwah dalam kalangan warga UTM CDex terus terpelihara dan diperkukuh dari semasa ke semasa.

Related Articles

Related
Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025

Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025

Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran...

read more
AUDIT PEMATUHAN KEWANGAN (PPM) BIL 2 TAHUN 2025

AUDIT PEMATUHAN KEWANGAN (PPM) BIL 2 TAHUN 2025

Pembantu Tadbir (P/O)Penolong PendaftarWebmasterAudit Pematuhan Kewangan Bil 2 Tahun 2025 (yang dahulunya dikenali sebagai PPM) telah dilaksanakan secara fizikal pada 4 November 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex.  Objektif utama pengauditan ini...

read more
Lawatan Penanda Aras EKSA

Lawatan Penanda Aras EKSA

Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 29 Oktober 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Residen, Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan...

read more
UTM Open Day