Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD) telah melaksanakan kaedah Pelaksanaan Latihan Berasaskan Kompetensi bagi permohonan kursus/latihan kepada staf Akademik dan Pengurusan Profesional & Pelaksana (PPP). Pelaksanaan Latihan Berasaskan Kompetensi ini adalah merujuk kepada keperluan latihan dan pembangunan staf mengikut penetapan kompetensi dan tahap kompetensi diperlukan. Latihan dan pembangunan staf diberikan bagi menutup jurang kompetensi dan meningkatkan tahap kompetensi staf melalui latihan secara formal atau informal.
Sehubungan dengan itu, bagi memberi pendedahan lanjut berkaitan Pelaksanaan Mata CPD Baharu UTM, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan Taklimat Mata CPD Baharu UTM khas untuk staf UTM CDex pada 11 Mei 2023 secara atas talian. Puan Shiraz Yasmin bin Muhidin dari Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan, Jabatan Pendaftar telah dijemput untuk memberikan taklimat berkenaan.
Tujuan Pelaksanaan CPD
- Mematuhi Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang menetapkan setiap staf perlu menghadiri kursus minimum tujuh (7) hari setahun (bersamaan dengan 42 mata CPD setahun)
- Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf Akademik dan PPP. CPD menyumbang 5% dari keseluruhan markah LPPT dan LNPT mulai 2023.
Melalui perkongsian taklimat CPD ini, diharap staf dapat merancang program/latihan mengikut komponen yang telah ditetapkan oleh Universiti supaya dapat mencapai mata CPD yang telah ditetapkan.
Related Articles
Program Semarak Kemerdekaan UTMLead 2021
Urusetia ProgramJurugambar RasmiUrusetia, WebmasterSekitar bulan Ogos dan September 2021 telah diadakan Program Semarak Kemerdekaan UTMLead sempena sambutan Merdeka pada 31 Ogos 2021. Program ini telah dijalankan secara bersemuka dan di atas talian sepanjang bulan...
Webinar Code of Ethics : 11 Ogos 2021
Pengurus ProgramUrusetia, Webmaster Webinar Code of Ethics anjuran UTMLead telah diadakan dengan jayanya pada 11 Ogos 2021. Penceramah jemputan adalah, YBhg Dato’ Ir. Hj Ahmad Murad Bin Hj Omar, iaitu Pengarah Eksekutif OMAHAS Corp. Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan...
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO EKSA,ZON UTMLEad (ZON OREN)
Ketua AJK (Zon Oren) EKSASetiausaha EKSA (Zon Oren)AJK Promosi, Urusetia, Webmaster Pada 2 Jun 2021 Jawatankuasa Promosi dibawah Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) telah menganjurkan Pertandingan...