Pada 24 November 2024, satu majlis perpisahan yang penuh bermakna telah diadakan di UTM CDEX bagi menghargai sumbangan dan dedikasi Encik Arshad Musa, seorang Pembantu Am Pejabat yang telah berkhidmat dengan cemerlang di UTM CDex. Majlis yang dihadiri oleh rakan-rakan sekerja dan pihak pengurusan UTM CDEX itu turut diserikan dengan majlis makan dan penyerahan hadiah daripada KAPPELA serta rakan-rakan pejabat.
Encik Arshad yang telah menyumbang banyak tenaga dan usaha dalam tugasan harian di UTM CDEX, akan memulakan fasa baru dalam kerjayanya sebagai Pembantu Tadbir Pengkeranian dan Operasi di Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM.
Majlis ini bukan sahaja sebagai acara untuk mengucapkan selamat jalan kepada Encik Arshad, tetapi juga sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan jasa beliau kepada organisasi. Dalam suasana penuh kekeluargaan, rakan-rakan sekerja menyampaikan ucapan selamat maju jaya dan mendoakan kejayaan di tempat baru. Pihak KAPPELA juga turut menyampaikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada Encik Arshad atas dedikasinya. Dengan penuh rasa hormat, kami mengucapkan tahniah kepada Encik Arshad Musa dan semoga beliau terus cemerlang dalam perjalanan kerjaya beliau yang seterusnya. Tahniah Encik Arshad Musa, semoga sukses selalu!
Related Articles
Kursus Amanah Data dalam Kecerdasan Buatan Generatif: Mengukuhkan Integriti dan Kecekapan Akademik
Ketua Urusetia ProgramPenolong Pegawai Tadbir UTM CDex Webmaster UTM CDexNOTA LENGKAP KURSUS (RUJUKAN PESERTA) & LATIHAN KENDIRI: https://drshahizan.github.io/amanah/ VIDEO RAKAMAN PENUH (GOOGLE MEET) https://drive.google.com/vid_recording/ai_integritiPada 2 November...
Kursus Pengurusan Perolehan dan Sistem e-Perolehan UTM Secara dalam Talian
Urusetia ProgramPenolong Pegawai Tadbir UTM CDex Webmaster UTM CDexPada hari Selasa, 13 Mei 2026, UTM CDEX telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Perolehan dan Sistem e-Perolehan secara dalam talian. Kursus yang bertujuan memberi kefahaman tatacara perolehan ini...
Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran...






