Pada 24 November 2024, satu majlis perpisahan yang penuh bermakna telah diadakan di UTM CDEX bagi menghargai sumbangan dan dedikasi Encik Arshad Musa, seorang Pembantu Am Pejabat yang telah berkhidmat dengan cemerlang di UTM CDex. Majlis yang dihadiri oleh rakan-rakan sekerja dan pihak pengurusan UTM CDEX itu turut diserikan dengan majlis makan dan penyerahan hadiah daripada KAPPELA serta rakan-rakan pejabat.
Encik Arshad yang telah menyumbang banyak tenaga dan usaha dalam tugasan harian di UTM CDEX, akan memulakan fasa baru dalam kerjayanya sebagai Pembantu Tadbir Pengkeranian dan Operasi di Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM.
Majlis ini bukan sahaja sebagai acara untuk mengucapkan selamat jalan kepada Encik Arshad, tetapi juga sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan jasa beliau kepada organisasi. Dalam suasana penuh kekeluargaan, rakan-rakan sekerja menyampaikan ucapan selamat maju jaya dan mendoakan kejayaan di tempat baru. Pihak KAPPELA juga turut menyampaikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada Encik Arshad atas dedikasinya. Dengan penuh rasa hormat, kami mengucapkan tahniah kepada Encik Arshad Musa dan semoga beliau terus cemerlang dalam perjalanan kerjaya beliau yang seterusnya. Tahniah Encik Arshad Musa, semoga sukses selalu!
Related Articles
SESI SERAHAN DUIT RAYA OLEH PENGARAH UTM CDex
Bendahari KAPELLAWebmaster UTM CDexBersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Pengarah UTM CDex iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah berbesar hati untuk menyumbangkan duit raya sebagai tanda penghargaan kepada semua staf UTM CDex.Sesi...
Majlis Iftar Ramadan KAPELLA UTM CDex 2023
Bendahari KAPELLATimbalan Bendahari KAPELLAWebmaster UTM CDexMajlis Iftar Ramadhan UTM CDex anjuran Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah diadakan pada 18 April 2023 (Selasa) di DCM Hall Taman Universiti, Skudai, Johor. Staf bersama ahli...
Holo Raya
Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexBuat julung kalinya Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menerbitkan sebuah video khas sempena menyambut perayaan Aidilfitri 2023. Mengisahkan sebuah keluarga yang sedang membuat...





