1 Staf 1 Pokok : 25 MAC 2021

Artikel oleh Nizam Ahmad

JK Pelestarian UTMLead 2021

Gambar oleh Isyq Irfan

Fotografer Rasmi

Diterbitkan oleh Raja Fareez

Urusetia, Webmaster

Dalam usaha mengindahkan persekitaran dan ruangan kerja, serta dengan mengambil semangat pelaksanaan Program Pelestarian Pejabat, Kelab Green Office UTMLead yang diketuai oleh Puan Hanin Ahmad telah melaksanakan program ’1 Staf 1 Pokok’ yang telah disertai oleh semua staf UTMLead.

Bagi merealisasikan program ini, JK Pelestarian UTMLead dan Kelab Green Office UTMLead telah mengadakan kerjasama dengan Bahagian Landskap dan Pembersihan, Pejabat Harta Bina, Universiti Teknologi Malaysia bagi mendapatkan bimbingan dan nasihat dalam usaha mewujudkan inisiatif tanaman di dalam pejabat.

Beberapa siri perjumpaan dan gotong royong telah dijalankan bagi melancarkan aktiviti ini. Program ‘1 Staf 1 Pokok’ telah dirasmikan pada 25 Mac 2021 dengan slogan Persekitaran Kondusif, Perkhidmatan Produktif.

Related Articles

Related

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Salam Aidilfitri kepada semua staf dan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang pernah berurusan dengan CTL dan CALPD UTMLead. Semoga Aidilfitri kali ini memberi sinaran kebahagiaan dan menambah keindahan silaturahim kepada semua. Ikhlas dari warga kerja...

Konvokesyen ke 58 UTM

Konvokesyen ke 58 UTM

Tahniah diucapkan buat graduan yang menerima Phd, Sarjana dan Sarjana Muda pada majlis Konvokesyen UTM yang ke 58 pada 29 sehingga 30 April 2017 ini.  UTMLead sentiasa cuba untuk memberikan latihan kepada staf akademik supaya  berkebolehan untuk mengajar dan...