Webinar Code of Ethics : 11 Ogos 2021

Artikel oleh Prof. Madya Ir. Dr. Rini Asnida Abdullah
Pengurus Program

Diterbitkan oleh Raja Fareez
Urusetia, Webmaster
Webinar Code of Ethics anjuran UTMLead telah diadakan dengan jayanya pada 11 Ogos 2021. Penceramah jemputan adalah, YBhg Dato’ Ir. Hj Ahmad Murad Bin Hj Omar, iaitu Pengarah Eksekutif OMAHAS Corp. Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Ahli Konsil Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Naib Presiden Institut Jurutera Malaysia, (IEM) dan amat berpengalaman luas berkaitan Code of Ethics.
Webinar yang berlangsung selama satu hari ini telah dihadiri oleh 43 staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terdiri daripada staf akademik dan juga Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP). Webinar ini dianjurkan bagi persediaan peperiksaan Code of Ethics bagi pendaftaran Jurutera Profesional Tahap 1 (Tier 1) mengikut Peraturan Lembaga Jurutera di bawah Akta Jurutera 1967 (Pindaan 2015). Terdapat enam (6) modul pengisian di dalam Webinar sehari ini yang mengambilkira peperiksaan bertulis Code of Ethics bagi Laluan A, B dan C, iaitu:
- Introduction to Code of Conduct,
- Responsibilities as an Engineer,
- Understanding Code of Conduct reference to REA 1967,
- Understanding Code of Conduct reference to MACC Act,
- Path towards Registration, dan
- Impact Code of Conduct on Engineers and Society
Perbincangan Kajian Kes yang disediakan telah diperbahaskan dengan terperinci untuk menambahkan pemahaman peserta dengan contoh-contoh soalan semasa peperiksaan kelak. Sesi webinar ini tamat pada jam 5:30 petang. Para peserta memberikan komitmen dan maklumbalas yang baik terhadap webinar ini serta mengucapkan terima kasih di atas perkongsian ilmu bersama YBhg Dato’ Ir. Hj Ahmad Murad.
Related Articles
Related
Kursus Pensijilan EKSA di UTM CDex
JK EKSA UTM CDexPengerusi Zon OrenWebmasterPada 13 Ogos 2025 , UTM CDex telah menganjurkan Kursus Pensijilan EKSA bertempat di Makmal Digital UTM CDex, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Peserta terdiri daripada staf UTM CDex dan wakil Jawatankuasa EKSA dari...
Kursus Pengurusan Kewangan Universiti
Pembantu TadbirPenolong PendaftarWebmasterPada 30 Julai 2025 (Rabu) yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pengurusan Kewangan Universiti bertempat di Dewan UTM CDex, UTM Johor Bahru. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah...
Lawatan Penandaarasan EKSA oleh PPPK ke UTM CDex
Ketua Zon OrenPengerusi Zon OrenWebmasterPada 18 Julai 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling (PPPK), UTM Johor Bahru sempena Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Lawatan ini bertujuan...




